Followers

Saturday, April 30, 2011

20 tahun Berlalu...hari ini Bertemu...



Gembira tidak terkata apabila berjumpa semula teman-teman yang suatu ketika dulu pernah menghiasi taman hidupku...


Bertempat di hotel Seri Malaysia Alor Setar,...jam 3.00 petang...aku melangkah dengan penuh harapan...semoga kerinduan selama 20 tahun akan terubat jua....walaupun Re union pertama kali ini kurang sambutan,..namun aku bersyukur...dapat jumpa ramai juga sahabat MPSAH sesi 1988-1990 sudi meluangkan masa.
Pada mulanya dijangka seramai 25 orang akan hadir, tapi cuma 16 orang saja yang sampai..yang lain tu sesat tengah jalan kut...paling jauh cikgu Hasni dari Gombak, ada yang dari Pulau pinang, Perak, Perlis dan Kedah. Walaupun kami agak kecewa namun setakat itu yang termampu...biarlah...
Selepas lebih kurang 2 jam bersama, kami sempat berbual lama serta bergurau senda,..yang bestnya cara kami tetap sama malah bertambah rapat...mungkin kami perlu berterima kasih kepada Facebook yang menemukan kami semua...itulah kegunaan teknologi sebenarnya, buruk baik bergantung kepada cara penggunaannya...melalui pertemuan ini kami mendapat banyak khabar tentang rakan2 lain..masing-masing ada kejayaan sendiri...alhamdulillah.

Friday, April 29, 2011

A women's heart....


A woman dreams ... with her heart, dreams of passion, beauty and peace on earth.
A woman cries . tears when she's wounded..replaced with smiles when she knows she will heal soon.
A woman loves ... with her soul, deep and true ... with all that she knows.....
A woman tries ... through every wrong, ... forgives past sins and finds the strength to move on.
A woman gives ... everything inside her ... she does not hold back because of the fears that remind her,.she could be hurt, be taken in, a woman protects herself with the love that lies within.....

Only a woman knows the secret truths that hide beneath the surface of her warmth and kindness.
Only a woman knows the tender touch that can heal all wrongs and relieve all fears.
Only a woman can give her all and have love left to give when the giving is done.
Only a woman ... with a woman's heart ... can understand and accept ... the many pains she will
encounter.
Only a woman ... with a woman's heart ... can possibly know the strength of her heart.....

A woman knows ... if all she owns was taken ... there are parts of her, the best of her ... that nothing on earth can ever take away ... the woman's heart, the woman's depths.
Only a woman knows ... it's the love within that makes her who she is, and love without pain could be a love that is dead

Friday, April 22, 2011

Gambaran Hari Kiamat nanti..

Gambaran Hari Kiamat - sumber dari Amar Sufi...terima kasih.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, April 20, 2011

Cemerlang ke?


Alhamdulillah,..kelmarin 20 April 2011...sekali lagi putera dan puteriku berjaya meraih anugerah kecemerlangan akademik mereka. Aku cuma mampu bersyukur,..alhamdulillah...anak-anak beroleh kejayaan walaupun aku tahu mereka tidak berusaha pada tahap yang optimum...kerana sebagai seorang ibu aku faham dan tahu sikap dan pembawaan mereka...kalaulah dapat lebihkan usaha sudah tentu mereka lebih cemerlang.

Aku juga bersyukur amat...mungkin rezeki dari Allah...sesuatu yang tidak pernah aku mimpi...sepanjang aku bertugas sebagai seorang guru...hingga kini sudah 20 tahun..tahun ni aku dikurniakan Anugerah perkhidmatan Cemerlang...ha ha..macam takj percaya je..layak ke orang low profile mcm aku ni...mana le berharap mendpat pengiktirafan macam tu..namun aku bersyhukur...alhamdulillah...bagi aku..tugasan sebagai guru menjanjikan kepuasan apabila bertemu pelajar dan bekas pelajar yang dari jauh melaungkan "cikgu"...walau di mana mereka bertemuku..itu lebih bermakna...apatah lagi bila melihat mereka berstatus yang lebih hebat dariku...seribgkali jua aku berpesan,..seorang guru tidak mengharapkan balasan apapun dari pelajarnya melainkan sedikit doa dan ingatan...insyaallah..

April tahun ni mungkin bulan cemerlang bagi aku sekeluarga kut...he he...aku gembira...terima kasih ya Allah..berilah aku kekuatan agar dapat bertugas dengan lebih cemerlang..itulah sebenarnya kecemerlangan hakiki..mendapat pengiktirafan terus dari Allah...amin.

Saturday, April 9, 2011

Tetamu datang membawa rezeki..














Hari ini, kawan baikku Shidah telepon nak datang rumah, aku berikan keizinan walaupun sebenarnya aku merancang untuk melawat saudara yang dirawat di hospiatal...Jam 9.00 pagi, shidah sampai dgn adik dan ibunya,..Kali sekeluarga sambut dengan senang hati....selepas menghidangkan minuman, aku bergegas pula menyediakan makanan tengahari...tepat jam satu..kami pun makan dengan lauk pauk ala kadar sahaja sebab tidak dirancang...dalam waktu yang sama aku juga sempat masakkan laksa untuk makan petang....hah..nampak sangat shidah sekeluarga gembira dan terpegun dengan sambutan ini...agak2 je bila lihat reaksi mereka..harap2 betul la..mak Shidah (mak jang) tak kering lidah memuji kesedapan kerabu taugeh yang kubuat,...habis satu mangkuk diratahnya... sambal belacan yang kusediakan jua habis licin..ha ha...

Aku juga tambah bahagia kerana suamiku sudi menjemput ibuku untuk datang makan bersama kami,..sungguh selera dia makan...aku bersyukur masih dapat gembirakannya hari ini..nampak dia terhibur.

Sebenarnya Shidah ada urusan di bandar,..so dia singgah ke rumahku dulu...kami berbual panjang...memang aku letih namun aku pasrah dengan rahmat Allah bahwa setiap tetamu yang datang ke rumah kita mesti dimuliakan...lagipun kedatangan mereka mesti membawa rezeki kan..he he..tetapi aku gembira...sebenarnya itulah yang berlaku...sebelum balik mereka membeli Perfumes yang kujual dengan kadar yang banyak...dan shidah juga memberikan kami sekeluarga buah tangan,,,terima kasih shidah...datangmu memberi rezeki buat kami..alhamdulillah.

Monday, April 4, 2011

Ayah,maafkan saya...

Ayahku hanya satu,...

Friday, April 1, 2011

Aku dan kenangan...


Sesuai dengan misi blog ini sebagai satu memories,..elok la kalau aku jelmakan kembali kenang-kenangan dalam hidup buat menyegarkan kembali minda..maklumla dah berusia semakin lupa...kalau da tercoret kat sini bole la dibaca semula nanti oleh anak cucu..kenangan ni mengenai dunia baru bagi seorang gadis,..hehe pengantin baru le.
Aku menjadi pengantin pd usia 21 tahun,..selepas gagal ke universiti,aku menganggur je...nak jadi jodoh kenal le dgn suami ni semasa dia membuat latihan praktikum berhampiran rumah. kebetulan, ayahku berniaga runcit...so kerap le bertemu wajah...mungkin jodoh kami kuat...habis je amali.dia masuk meminang..kawin le akhirnya..(sebenarnya hati tak nak kawin lagi sbb nak belajar lagi) tp desakan orng tua2...kena terima.

Tarikh 20 Disember 1987 menyatukan aku dan suami...dlm serba kekurangan, kami harungi saat indah bersama..ke hulu hilir menaiki bas...belum ada sbrg kenderaan kecuali basikal....cukup indah...selepas 3 bulan bersama...aku dan suami dipanggil temudugake maktab perguruan..malangnya hanya aku yang lepas...so mendaftarlah aku sbagai guru pelatih, meninggalkan suami yang masih terkial mencari pekerjaan tetap.
3 tahun di maktab menguji kekuatan kasih sayang kami....pelbagai ujian kami atasi dan akhirnya aku dipostingkan ke Pahang pada Disember 1990. Di sanalah kami belajar menjalani kehidupan bersama,..selama ini hanya berjumpa diwaktu hujung minggu je.
Setahun di pahang, aku mohon pertukaran ke Kedah,berjaya..kembali ke Kedah pada 1991. Kelahiran anak sulung pada Disember 1991 semakin menceriakan suasana. Bina rumah sendiri berhampiran rumah ibu bapaku Kini Nurain Izzatie sudah berusia 20 taun dan perkhwinanku pula sudah 24 tahun...segalanya masih baik..malah bertambah baik..aku bershukur kepada Allah kerana walaupun tidak terlalu banyak manisnya ceritaku namun segalanya terurus dengan baik...kebahagian yang dirasai kini semakin menyedarkan aku...ketabahan, kesabaran dan keimanan amat penting dlm sesebuah perkahwinan. Kalau tak sabar rasanya aku tak mungkin bersama orang tersayang seperti sekarang..24 tahun bersama kau suamiku...tidak terasa...terima kasih...walau banyak kekurangan antara kita..namun kesabaran yang kita pegang bersama telah membuktikan segalanya. Buat anak-anak pula,..mungkin cerita ini tidak indah...namun kalian harus jadikan semuanya sebagai pengajaran...semoga kita terus bersama selagi diizinkan Allah. Amin.

Wednesday, March 16, 2011

Destinasi pelancongan baru di daerah Sik, Ladang Anggor Tasik Beris.


Ladang Anggur?..ehhh betul ke?..Tak percaya..jom kita jengah...Ladang anggur ni baru lagi kut...ramai yang belum tahu...termasuk la aku,..so bagi menjawab persoalan ni,..kami sekeluarga pun sampai le kat situ...ramai orang yang datang..maklum cuti sekolah.
Kawasannya tidak la seluas mana namun anggur di tanam berperingkat...pelancong hanya dibenarkan masuk ke ladang yang buah anggurnya dah matang...teruja habis bila nengok gugusan anggur tu...bayaran masuk?..setiap orang RM3.00. Berduyun2 la masuk dengan kamera berposing sakan...ye la bukan senang nak jumpa pokok anggur..selalunya lihat dalam TV je kat luar negeri..ha ha...lihat saja tau...jangan gatal tangan nak petik pulak...ada yang dok pantau tu...
Selain melawat ladang anggur tu,..produk segar dari anggur juga ada dijual di sini..jus, buah anggur segar dan hasil seperti sabun dan losyen pun ada...


Wednesday, February 23, 2011

Diari Rabu yang menggebu...

Rabu datang bertamu, 23 Februari memulakan hari yang teramat padat bagi diriku maupun warga sekolah hari ini,..bermula
7.30 pagi: Guru-guru yg mengajar PMR ada taklimat mengenai penjadualan Kelas Intensif PMR yang akan berjalan selepas cuti Mac nanti.
Pelajar ting 1,2 dan 4 pula bersedia untuk perarakan sempena Maulidurrasul peringkat komplek pendidikan...manakala pelajar tingkatan 3 dan 5 belajar seperti biasa.
Sempat makan sekejap....
9.00 pagi: Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) pula menanti untuk dihadiri. Semua guru yg tiada kelas wajib mengikutinya...dlm masa yang sama pelajar sudahpun selesai berarak ....rugi rasanya tidak dapat ikut serta seperti tahun lepas...mereka kini di Dewan Iltizam untuk mendengar ceramah Maulidurrasul dari penceramah yang dijemput khas dari Insaniah. Selepas 40 minit LDP, guru-guru bergegas ke dewan,..sempat juga le menitiskan air mata keinsafan dengan isi ceramah...suasana shahdu sekali diakhir slot ketika pelajar dan semua guru berzikir memuji Allah...
11.00 pagi : Waktu ini diperuntukkan 2 waktu untuk keceriaan kelas,..hahhh kesempatan ini digunakan buat menyiapkan segala keperluan untuk menzahirkan suasana yang kondusif sewaktu P&P nanti...banyak juga kelas yang berjaya diserikan,..sebagai guru kelas aku juga berpeluh ketiak...alhamdulillah nampak dah sempurna dah...
12.50 : P&P kembali berjalan, memang letih le...tapi bila lihat pelajar datang ke Makmal untuk belajar, aku jadi kuat kembali...tamatlat sesi persekolahan hari ini.
Waktu balik, di saat pelajar dan guru-guru yang lain bergegas meneruskan hari masing-masing, sebahagian kami masih di sekolah...masih ada satu lagi aktiviti...
2.30 petang: Di bilik Citra Wawasan, ramai guru dah sedia,..teruja juga melihat kesungguhan rakan-rakan untuk belajar menghasilkan blog. Aku, Shahnur dan Tipah dari unit ICT dipertanggungjawabkan mengendalikan slot ini...alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak..selama 2jam berkongsi ilmu, semua blog bagi unit masing-masing berjaya diwujudkan..
Nampaknya semakin meriahlah blog sekolah selepas ini...semakin banyak "entri" yang lebih menyeluruh..insyaallah.

Tamat sudah episod di sekolah,..balik rumah..selepas asar,..menjengah ke dapur kejap...nampaknya kena bergegas lagi untuk membeli barang keperluan...bertemankan anak anak yang setia bershopping...kami ke Tesco berhampiran...walaupun badan dah letih...digagahi jua...sempat singgah berziarah ke rumah mak sekejap..menghantar sedikit bekalan...
Malamnya aku dah tidak berdaya..tidurrrrr....
Itulah kisah hari rabu..menggebu-gebu dengan aktiviti yang padat..namun apa yang paling best ialah masa aku timbang berat kat Tesco petang tadi...turun lagi 600....bukan kilo la..600 gram..amin...walau tak banyak...tapi janji turunnnnn he he...teruskan ct..mesti terus kan ok...teguk la air putih banyak2...ha ha..

Sunday, February 13, 2011

Wasiat terakhir Rasulullah s.a.w.

Sempena Maulidur rasul yang akan disambut oleh umat Islam seluruh dunia bagi meraikan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. - ketahuilah wasiat baginda yang terakhir.
Mengimbau kembali lembaran sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Padang Arafah menjadi suatu medan yang terpalit suatu peristiwa yang amat menyentuh hati dan mengharukan bagi manusia yang mempunyai tunjang aqidah muslim. Di sinilah tempatnya Rasulullah SAW menyampaikan amanatnya buat terakhir kalinya. Sebuah khutbah terakhir yang penuh maksud dan sama sekali menyentuh hati para pencinta Kekasih Allah itu.

Rasulullah SAW bertolak dari Mina ke Arafah setelah naiknya mentari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda. Baginda masuk dan berada di dalamnya sehingga waktu Zohor. Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan al-Qaswah, yakni untanya untuk disiapkan. Lalu Rasulullah SAW menaikinya sehingga tiba di Wadi Uranah. Di hadapan Baginda SAW, ribuan sahabat mengelilingi Baginda SAW dengan perasaan yang penuh dengan debaran menanti apakah yang akan disampaikan oleh Baginda SAW.

Baginda SAW pun bangun berdiri dan menyampaikan khutbahnya yang penuh bersejarah itu.

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."

Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan kukatakan ini. Aku tidak tahu adakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas merea untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni al-Quran dan as-Sunnah.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa terhadap Allah. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang kamu jawab? Mereke menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu”. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.

*****Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah****semoga menjadi pedoman buat semua umat Islam kepada kekasih Allah.

Thursday, February 10, 2011

Yang pertama biasanya sukar dilupakan..


Setiap dari kita, tentunya ada banyak pengalaman yang pertama. Pertama kali ke sekolah. Pertama kali ke dusun buah-buahan. Pertama kali jatuh cinta. Pertama kali dilukai. Pertama kali bernikah. Pertama kali kehilangan orang tersayang. Dan macam-macam lagi 'yang pertama'.

Kata orang, tanpa yang pertama, mustahil ada yang terakhir. Tanpa langkah pertama, mustahil ada langkah yang ke seribu. Tanpa yang pertama, mustahil ada yang kedua.Kata orang lagi, yang pertama selalunya yang terindah. Yang pertama selalunya paling kemas dalam ingatan. Yang pertama selalunya sangat sukar untuk dilupakan.

Kata orang lagi, luka yang pertama adalah luka yang paling dalam dan paling sukar untuk disembuhkan, walaupun tidak berdarah, namun pedihnya menusuk kalbu menikam jiwa dan sabubari.Hebatnya penangan pertama. Ada orang sanggup berkorban apa saja demi memastikan 'yang pertama' sentiasa kekal dalam genggamannya. Ada orang sanggup mengharungi lautan api demi pertahankan yang pertama. Sungguh, yang pertama selalunya mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.

Persoalannya. Mengapa? Apakah keistimewaan dan keajaiban yang ada pada 'yang pertama'?
Adakah kerana kemampuan otak kita yang terbatas? Cuma mampu menyimpan kemas memori untuk kali pertama sahaja? Kemudian seterusnya adalah caca merba? Atau kerana kita terlalu menyayangi memori yang kita cipta, menyimpannya kukuh dalam ingatan dan enggan menerima memori yang baru? Atau kenapa? Misteri yang hanya mereka yang berkenaan, dan Allah sahaja yang tahu..

Mencipta kenangan terindah sememangnya sukar namun untuk mengekalkan keindahannya ternyata jauh lebih sukar. Oleh itu, kita sering memandang kebelakang, mencari yang pertama sehingga kerap mengenepikan yang lain-lain walaupun berkemungkinan, yang kedua atau ketiga jauh lebih baik dari yang pertama.

Mencari pelangi pertama yang pernah kita tatap, kononnya itulah pelangi paling indah yang pernah kita nikmati tanpa mempedulikan pelangi-pelangi lain yang jauh lebih menawan. Hanya kerana ia adalah yang pertama.

Indah dan bahagia menjadi yang pertama, namun suratan Ilahi tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan buat kita. Di dunia ini kita adalah pengembara, yang berjalan merentasi masa. Bermulanya kita seorang bayi, kemudian mendekati mati yang kita sendiri tidak tahu di mana garis akhirnya. Dalam hidup ini, ada suka dan duka. Ada pahit dan manis. Firman Allah, di sebalik kesusahan ada kesenangan. Oleh itu, bersyukur dan hargailah apa yang kita miliki hari ini.

Mungkin 'yang pertama' pernah kita kecapi tidak semanis madu, namun bersyukurlah kerana ramai lagi insan lain yang mengharungi 'yang pertama' dengan air mata dan darah. Andai yang pertama kita indah, berwarna-warni ibarat pelangi, maka bersyukurlah dan hargailah setiap dari anugerah pemberian-Nya, kerana kita tidak tahu, apa yang menanti kita pada esok hari.

Yang pertama tidak semestinya yang terindah, namun, apa yang ada dalam genggaman kita hari ini adalah anugerah dan pemberian dari-Nya, maka, hargailah dengan sebaik yang mungkin, kerana esok, belum tentu lagi ia menjadi milik kita...

Dengan lafaz bismillah. Moga Allah kurniakan yang terbaik buat kita, bukan hanya untuk di dunia, tapi juga di akhirat, insyaAllah.

Monday, February 7, 2011

Pahala Yang Kita Tak Nampak Tapi Berterusan


kadangkala kita ingin bersedekah,..tetapi kerapkali tertanya2 apa bentuk sedekah yang boleh memberi pahala yg berterusan..mungkin ini ada jawapannya.
1.Berikan Al-Quran pada seseorang..dan setiap ayat yang dibaca..anda mendapat hasanahnya..
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap org sakit menggunakannya, anda dpt hasanahnya..
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun minda dengan orang lain..
4.Bantu mendidik seorang anak..
5.Ajarkn seseorng sebuah doa.Pada setiap bacaan doa itu..InsyaaAlllah anda mendpt hasanahnya..
6.Berkongsi CD Quran atau Doa..
7.Terlibat dlm pmbngunan sesebuah masjid..
8.Temptkan pendingin air ditempat umum..
9.Tanam sebuah pohon..setiap orang atau binatang yg berteduh dibawahnya,anda mndpt hasanahnya..
10.Sebarkan pesanan ini kepada org lain. Jika seseorg menjalankan salah satu dari perkara diatas,anda akn mndpt hasanah sampai hari Qiamat..
Insyaa Allah...

Monday, January 17, 2011

NurKasih Perfumes

Ketika menjelajah internet...selalu teruja dengan iklan perniagaan, hati tertanya2 samada benar atau tidak seperti yang diwar-warkan..atau sekadar penyedap rasa dengan tujuan berbeza..terfikir juga nak join..so tangan gatal ni mula le mencari2 mana-mana bentuk perniagaan yang boleh dilakukan serta tidak mengganggu urusan seharian...cari punya cari terjumpa la satu Produk..Nur kasih Perfumes..secara ringkas perfumes ni diadun dari minyak pati pelbagai haruman..walaupun harganya tidak mahal mana..kualitinya boleh dibanggakan..so jadilah aku penjual minyak wangi...so beruntunglah sesiapa yang berkawan dengan cikgu ct nanti..teringat pepatah arab, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi..sekurang2nya boleh menghidu haruman ...so berniagalah aku walaupun aku tak pandai..he he..untung tak le banyak tapi aku gembira sangat sbb permintaannya tinggi...alhamdulillah..

Friday, December 31, 2010

2010 menghilang,..2011 menanti.


Hari terakhir 2010, tidak banyak aktiviti hari ini,..sekadar mengemaskinikan bahan-bahan bekalan untuk 2011 esok hari. Bermula dengan subuh berjemaah di masjid berhampiran, kuliah pagi Jumaat..bersantai di tanah sekangkang kera yang ku panggil garden...
Hari ini aku tidak ke dapur..sengaja melihat kreativiti anak daraku...boleh tahan sedap masakannya..terima kasih anakku. Selebihnya hanya aktiviti biasa..merenung semula perancangan sepanjang tahun ini...menilai kekuatan dan kelemahan diri...dan mungkin sedikit berazam untuk berjimat di 2011 nanti...bekerja keras untuk meningkatkan ekonomi keluarga..insyaallah.
Sesungguhnya aku bermohon kepada Allah agar memberikan aku nikmat kesihatan yang kebanyakan sudah hilang sedikit demi sedikit...dengan bekalan itu bakal kuharungi gelombang 2011 yang semakin berombak ganas...jujurnya mentalku sedikit bimbang dengan pelbagai cabaran menanti..harapanku..2011 yang kian menghampiri memberiku sedikit ruang kelegaan...amin.

Wednesday, December 29, 2010

Aku sayang Malaysia....Tahniah Pasukan Harimau Malaya!


Aku peminat bola sepak? Betul ke?..aku sendiri tak pasti tapi setelah menonton 2 perlawanan akhir AFF Piala Suzuki antara Malaysia dan Indonesia, jawapannya memang le aku peminat...hakikatnya aku bukannya tahu mengenai bola sepak atau sukan lain...cuma yang pasti jika ada perlawanan antara Malaysia dengan negara lain...aku adalah manusia yang over..tak percaya?..he he..mungkin semangat kebangsaan yang begitu tinggi menjadikan aku begitu patriotik...terkadang kala malu le pulak dengan anak-anak..sebabnya,..jika ada jaringan gol..akulah manusia yang paling kuat bersorak..tapi nak buat macam mana, dah sepontan jadi macam tu..
Pastinya, kini aku peminat bola sepak negara..walaupun aku sikit pun tak tahu mengenai bola sepak...dulu suatu masa, aku pernah berkata..apalah ada pada bola sepak...suatu sukan yang nothing,...22 pemain berebut sebiji bola...he he...maafkan aku..aku belum tahu ketika itu...

Sunday, December 26, 2010

Berbahagialah Orang yang Berniat Melunasi Hutangnya

Ibnu Majah dalam sunannya membawakan dalam Bab “Siapa saja yang memiliki hutang dan dia berniat melunasinya.” Lalu beliau membawakan hadits dari Ummul Mukminin Maimunah.

كَانَتْ تَدَّانُ دَيْنًا فَقَالَ لَهَا بَعْضُ أَهْلِهَا لاَ تَفْعَلِى وَأَنْكَرَ ذَلِكَ عَلَيْهَا قَالَتْ بَلَى إِنِّى سَمِعْتُ نَبِيِّى وَخَلِيلِى -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدَّانُ دَيْنًا يَعْلَمُ اللَّهُ مِنْهُ أَنَّهُ يُرِيدُ أَدَاءَهُ إِلاَّ أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْهُ فِى الدُّنْيَا ».

Dulu Maimunah ingin berhutang. Lalu di antara kerabatnya ada yang mengatakan, “Jangan kamu lakukan itu!” Sebagian kerabatnya ini mengingkari perbuatan Maimunah tersebut. Lalu Maimunah mengatakan, “Iya. Sesungguhnya aku mendengar Nabi dan kekasihku shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika seorang muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahwa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia”. (HR. Ibnu Majah no. 2399. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih kecuali kalimat fid dunya -di dunia-)
Dari hadits ini ada pelajaran yang sangat berharga yaitu boleh saja kita berhutang, namun harus berniat untuk mengembalikannya. Perhatikanlah perkataan Maimunah di atas.
Juga terdapat hadits dari ‘Abdullah bin Ja’far, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الدَّائِنِ حَتَّى يَقْضِىَ دَيْنَهُ مَا لَمْ يَكُنْ فِيمَا يَكْرَهُ اللَّهُ

Allah akan bersama (memberi pertolongan pada) orang yang berhutang (yang ingin melunasi hutangnya) sampai dia melunasi hutang tersebut selama hutang tersebut bukanlah sesuatu yang dilarang oleh Allah.” (HR. Ibnu Majah no. 2400. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)
Sebaik-baik orang adalah yang paling baik dalam membayar hutang. Ketika dia mampu, dia langsung melunasinya atau melunasi sebagiannya jika dia tidak mampu melunasi seluruhnya. Sikap seperti inilah yang akan menimbulkan hubungan baik antara orang yang berhutang dan yang memberi hutangan.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ خِيَارَكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً

Sesungguhnya yang paling di antara kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” (HR. Bukhari no. 2393)

******Ya Allah, lindungilah kami dari berbuat dosa dan beratnya hutang, mudahkanlah kami untuk melunasinya. Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Wa shollallahu ‘ala nabiyyiina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam. Semoga pertemuan hambamu ini denganMu ya Allah adalah selepas hambamu ini bebas dari segala hutang zahir dan batin. Amin****

Friday, December 24, 2010

Kenapa Handphone Blackberry diharamkan ?

Hairan juga ye, kenapa blackberry ni diharamkan?
Faktor utama diharamkan adalah kerana dianggap sebagai mengancam keselamatan negara disamping alasan peralatannya berfungsi di luar undang-undang dan boleh disalahgunakan.

Perisian pada blacberry membenarkan ianya di periksa oleh pihak luar.nak tau mcm mana maklumat ni boleh sampai pada pihak luar?
Caranya :
Maklumat dari pihak A dihantar pada pihak B-->
Data di hantar dahulu ke Server Blacberry Luar Negara -->
Pihak B Terima data dari pihak A

Jadi disini, Maklumat akan disimpan dahulu di dalam server blacberry
luar negara. oleh itu, data terbabit mampu di akses oleh pihak luar
dan sekaligus mungkin disalahgunakan oleh pihak tertentu. Arab saudi dan india baru sahaja mengharamkannya.bagaimana pada negara lain? Harap Malaysia pun buat perkara yang sama oleh kerana faktor peralatan BlackBerry beroperasi di luar undang-undang tempatan kerana ia menghantar data ke negara luar untuk diuruskan pertubuhan komersial asing.

p/s... sumber daripada mail.yah0o.cOm

Wednesday, December 15, 2010

sesekali teruja juga...

Nak bercuti...memang sentiasa berhasrat begitu..apatah lagi sekian lama mengabdi diri mencari rezeki..teringin le juga nak merehatkan jiwa dan minda..cuti kali ini terasa nak melawat saudara mara di selangor dan Pahang sambil tu nak singgah le kat Cameron Highland dan Melaka. Hajat dihati besar sekali sayangnya ada sesuatu yang agak kecil..kenderaan le...sesekali teruja juga melihat orang lain berkereta besar melaram bersama keluarga...bukan nak berlagak..namun agak selesa le kalau berjalan jauh macam ni..namun aku menggigit jari le nampaknya..keretaku yang besar sikit dah lama usianya..tak berani nak dibawa berjalan so terpaksa la merayau dengan sikecil comel..he he..kecil-kecil cili padi ni..tahun lepas dah sampai ke Kelantan dah he he...

Apa pun yang berlaku..aku bersyukur kerana aku masih diberi kesempatan melihat-lihat tempat orang..walau tidak seselesa orang lain..sabar ye anak-anakku..insyaallah ada rezeki nanti dapat le kita berkereta besar kan..yang penting kita dapat bersama-sama menikmati percutian...semoga kali ini perjalanan akan selamat seperti sebelumnya..amin.

Friday, December 10, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN

Doa semasa duduk antara dua sujud - Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

******Itulah hakikat sebenarnya...kita hanya sembahyang tanpa tahu hala tuju dan tanpa mengerti apa yg kita berucap di hadapaNya...manusia yg mengaku islam tapi hakikat sebenarnya mereka tidak mengenali Dia yg disembah...carilah diri anda dalam diri anda...Allah SWT sentiasa bersama orang yg mendampingiNya....jangan kita jadi manusia yg mengaku islam tapi semuanya lebih teruk dari orang yg dilaknati Allah SWT....carilah Allah SWT disebalik diri anda.************

Tuesday, December 7, 2010

really miss u...(putih dlm kenangan)


Sitting here crying inside, because your gone
I really really loved you in every way
It's been a great almost 6 months,I've had with you
But now,I sit here sad as can be
Just figured out today you're gone
Now you rest in peace,in that wondeful place in the sky
I hope god takes very good care of you and loves you like I did
I miss you with all my heart,I won't get over it easily
I'll never forget you Goth,you were the best
You deserve you rest,but now you leave me here crying
Wishing I could rewind time,and bring you back
I know it'll never happen,but I just wish it would
Enjoy,your life in heaven now,I'll be there someday too
GOOD BYE GOTH,I LOVE YOU!!!
****really sad right now because my cat died,but he wasn't only my beloved pet,he was also my friend,and I really miss him****

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he