Followers

Thursday, December 31, 2009

muhasabah


Ini ada satu artikel tulisan Ustaz Zamri Bin Zainal Abidin, dari IKIM mengenai sambutan tahun baru masihi. Bacalah semoga dapat ambil pengajaran daripadanya.
selamat-tahun-baru-2010

Muhasabah diri sambut tahun baru lebih digalak

SETIAP kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab dengan beberapa jawapan atau maklum balas segera yang biasa didengar selama ini.
Antaranya ialah haram menyambut kedatangan tahun baru Masihi yang bukan tahun Islam.
Tulisan ini sama sekali tidak bertujuan membincang atau mempertikaikan maklum balas berkenaan tetapi sekadar mengajak pembaca bermuhasabah mengenai hal yang berlegar di sekitar kita seharian.
Bukanlah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita memperingati kedatangan 1 Januari daripada sudut pergerakan dan peredaran masa.
Tuntutan supaya mengambil berat mengenai masa jelas disebut dalam al- Quran sehingga salah satu surah dinamakan al-Asr yang bererti masa.
Firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al Ashr, ayat 1 hingga 3).
Begitulah firman Allah yang menuntut manusia sentiasa berhati-hati dalam meniti masa hidup mereka.
Semuanya memerlukan nilai pengisian yang tinggi (amal soleh) supaya tidak mengalami kerugian.
Tuntutan bermuhasabah amat jelas dalam surah yang ringkas dan padat ini. Sebenarnya, wujud jalinan hubungan istimewa antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri (Hijrah) kepada umat Islam.
Tahun Masihi dikira menurut `peredaran’ matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-syamsi untuk menentukan musim kerja atau aktiviti manusia.
Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat.
Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu. Contohnya musim haji dan puasa.
Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.
Hal ini memberikan cabaran berbeza kepada mereka ketika menunaikan ibadat berkenaan. Di sinilah terserlah cabaran jihad ketika menunaikan ibadat.
Kepentingan menghitung tarikh as-Syamsi terserlah dalam al-Quran melalui cerita Nabi Yusuf ketika membuat tafsiran mimpi raja Mesir.
Al-Quran menerusi ayat 46 hingga 49 Surah Yusuf menceritakan kisah berkenaan sebagai: “(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): `Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku, moga mereka dapat mengetahui tafsirannya’. Yusuf menjawab: `Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai- tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).”
Kepentingan memerhati perubahan musim seperti yang diceritakan dalam ayat di atas berdasarkan tarikh as-Syamsi iaitu mengenal pasti perubahan cuaca untuk memudahkan aktiviti pertanian selepas mendapat isyarat daripada mimpi raja.
Menyambut tahun baru ini dengan ibadat, itulah yang dapat dikatakan sebagai jawapan kepada soalan awal tadi. Ibadat yang dimaksudkan ialah muhasabah.
Muhasabah harus bermula daripada diri sendiri, menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yang sudah dilakukan sama ada berjaya atau sebaliknya dapat meningkatkan kualiti diri.
Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti yang setara dengan apa yang Allah tetapkan standardnya iaitu amal soleh.
Amal soleh yang dimaksudkan bukan sekadar amalan berbentuk ritual seperti sembahyang, puasa atau haji, sebaliknya semua aktiviti dan amalan harian termasuk cara berhubung dengan ahli keluarga, masyarakat, cara menilai atau mena’kul sesuatu perkara.
Setiap kali tiba tahun baru kita menanam azam yang bukan sedikit. Ada yang tidak sabar menunggu kiraan detik akhir menjelang tahun baru, mengadakan pesta, konsert dan sebagainya khusus untuk menyambut tahun baru.
Tidak ramai sedar atau terfikir untuk menganjurkan majlis muhasabah bagi menilai semula aktiviti atau produktiviti selama setahun berlalu.
Mungkin majlis seperti ini boleh dianjurkan pada peringkat organisasi, masyarakat setempat sehinggalah ke peringkat keluarga.
Sekiranya dilakukan majlis muhasabah di peringkat organisasi perniagaan atau keluarga, salah satu agenda yang patut dibincangkan ialah pengiraan zakat.
Seelok-eloknya akhiri pertemuan muhasabah ini dengan doa selamat atau tahlil atau boleh juga dilakukan solat hajat memohon diberi rezeki yang lebih dalam musim yang akan datang.
Suasana ibadat dan ukhuwah akan terserlah daripada amalan seperti ini.
Sumber artikel : IKIM

Thursday, December 24, 2009

Semoga sujudku ikhlas keranaMu ya Allah..


SUJUD SAJADAH


سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ،
بِحَولِهِ وَ قْوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ

Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan KekuatanNya, Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. (HR. At-Tirmidzi 2/474. Ahmad 6/30 dan Al-Hakim)
Solat subuh pagi ini aku bersama anak2 ain, athirah dan helmi ke masjid,...lama benar dok tangguh nak buat...memang berat  nak kejutkkan anak2 waktu subuh...so aku dah pesan siap2 kat depa supaya berniat untuk bangun awal sebelum tidur..aku memandu sendiri kerana  hubby aku tak sihat...sampai kat masjid terasa lega sebab hajat aku dah sampai...memang dah lama berhajat nak bawa akeluarga setiap subuh Junmaat supaya dapat merebut apahala berjemaah serta bersujud sejadah..alhamdulillah.  Aku beriltizam..semoga hijrahku pada Jumaat penghujung Disember 2009 ini membawa makna yang sangat bermakna. Insyaallah. Bagi sesiapa yang belum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sujud sajadah, aku petik dari desertasi ustaz Iskandar Zulkarnain mengenainya.
"Sujud sejadah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Orang yang mendengar juga dituntut sujud apabila mendengar ayat sajadah. Ini bermaksud, orang yang dituntut sujud ialah orang yang membaca ayat sajadah dalam solat, orang yang membacanya di luar solat, orang yang mendengar tidak dalam solat dan tidak membaca. Ketiga-tiga keadaan ini dituntut sujud sajadah."
Jika seseorang itu membaca al-Quran bersendirian dan sampai pada ayat sujud sajadah hendaklah dia sujud. Manakala jika seorang imam membaca ayat sajadah lalu apabila sampai pada ayat sajadah dia pun sujud, maka wajib bagi makmum mengikut imam dalam sujud.
Dalam tertib sujud pula disunatkan bertakbir sebelum sujud dengan tidak mengangkat kedua tangan dan hendaklah memelihara adab ketika sujud seperti mana sujud dalam solat. Bacaan yang disunatkan dalam sujud sejadah ialah Allahumma laka sajdtu wa bika aamantu, wa laka aslamtu, sajada wajhiya lillazi khalaqahu wa sawwarahu, wa syaqqa sam'ahu wa basarahu wa quwwatihi, fa tabarakallahu ahsana al-Khaliqin.


Adapun syarat sujud bagi mereka yang di luar solat adalah seperti berikut; pertamanya suci daripada hadas kecil dan hadas besar, keduanya; menutup aurat, ketiganya; berniat untuk sujud sajadah, keempatnya; menghadap kiblat, kelimanya; takbiratulihram dan takbir bagi sujud, keenam; memberi salam.
Sekiranya terdapat halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat sujud, seperti berhadas kecil, dalam kenderaan atau mendengarnya dari corong masjid, maka diharuskan mengucapkan: 
SubhanAllahi walhamdulillahi, wa laa Ilaha illahi, wallahu akbar
.
"
Ramai yang tidak mengetahui tentang sujud sajadah ini. Semasa di Madinah dan juga di Mekah, iman selalunya akan membaca ayat sajadah pada subuh hari jumaat. Aku perhatikan memang ramai ma'mum yang tidak sujud bersama imam semasa imam sujud tatkala bacaannya sampai pada ayat sajadah. Mereka yang tahu, akan turun sujud. Mereka yang tidak tahu agaknya teragak-agak sama ada mahu rukuk atau sujud bersama mereka yang turun sujud. Yang rukuk lebih ramai daripada yang sujud.
Orang Malaysia sendiri ramai yang tidak tahu. Orang dari negara lain yang tidak tahu berbahasa arab macam kita, pun tidak tahu juga. Sekarang ssudah tahu, kenalah buat.

Tuesday, December 22, 2009

Banyak manfaatnya...jom kita laksanakan.


Rahsia Solat Di Awal Waktu

dipindahkan dari  By: PakarHowTo Category: Rahsia
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sujud menyembah yang Masa Esa
Sujud menyembah yang Masa Esa

  • Waktu Subuh


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


  • Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

  • Waktu Asar


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

  • Waktu Maghrib


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

  • Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Friday, December 18, 2009

sebungkus nasi lemak..



Kata-kata ibunya tadi menjadikan Ida merajuk...dia lantas bergegas keluar dari rumah,..ibunya berlari megejar sambil memanggil-manggil namanya.,namun Ida tekad..terus berlari dan berlari..setelah penat, ia menoleh ke belakang dan dilihat kalibat ibunya sudah tiada..Ida terus berjalan sambil menangis. Akhirnya Ida sampai ke sebuah stesyen bas..hatinya sudah bulat..ingin lari dari rumah..jauh dari kongkongan keluarga. Dia lantas duduk di sebuah kerusi..perutnya memulas kelaparan kerana belum sempat makan tadi. Dia memandang deretan bungkusan nasi lemak di warung berhampiran.
Mak cik tuan punya warung melihat Ida yang kegelisahan, naluri keibuannya seolah memahami pergolakan jiwa anak remaja itu...dia menggamit Ida, perlahan Ida menuju ke gerai. Mak cik Timah mengujuk sebuah kerusi untuknya...
"anak lapar,..marilah makan", mak cik Timah membuka sebungkus nasi lemak dan membawa segelas air kosong.
"Terima kasih mak cik, mak cik memang baik...', kata Ida dan terus makan dengan lahap. Mak Timah membiarkan Ida makan, selepas makan dia bertanyakan.
"Nak ke mana ni..."
"saya nak lari dari rumah..ibu dah tak sayangkan saya, ibu tak macam mak cik, mak cik baik,,,beri saya makan"...jawab Ida sambil tersedu-sedu..
"Nak...mak cik baru je beri sebungkus nasi lemak untuk anak makan,..anak dah kata mak cik baik..cuba hitungkan sudah berapa banyak yang ibu anak belanjakan untuk anak selama ini?...

Ida tersentak dengan jawapan mak cik timah, masih diingatnya kata-kata ibu yang menjadikan dia merajuk pagi tadi..
"Ida,..bukan mak tak benarkan Ida beli pakaian tu...pakaian Ida dah terlalu banyak..tak baik membazir"...patah-patah perkataan ibunya masih terngiang di telinga.
"Ida nak juga...semua kawan2 Ida ada baju fesyen baru tu...".Ida meninggikan suaranya.
" Kan lebih baik mak simpan duit ni untuk belanja sekolah Ida,.kita pun bukannya orang senang..."
"ahhhh sudahlah mak"....
Tiba-tibanya airmatanya mengalir...kata-kata mak cik Timah telah mencairkan hatinya...dia menyesal kerana menurut kata hati,...akhirnya Ida dihantar pulang oleh mak cik Timah...ibunya yang kesedihan dirumah kembali bercahaya melihat Ida..
"maafkan Ida mak.."
p/s: Kasih sayang ibu tidak pernah luput dan habis..hargailah ibu anda..Untuk remaja2 yang suka membantah percakapan dan tidak suka mendengar nasihat ibu bapa..ingatlah hakikat kejadian diri anda.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal hijrah - I Muharram 1431 Hijrah



Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah kepada semua umat islam walau di mana sahaja berada dengan satu harapan agar kita sama2 berhijrah kearah kebaikan,.. dalam apa sahaja bidang dan perbuatan hatta sekecil memberi salam sesama kita..semoga tahun baru islam ini membawa keberkatan kepada diri,bangsa, agama dan negara kita keseluruhannya. Amin.


Tuesday, December 15, 2009

masam-masam manis...holiday!

percutian selama 3 hari 2 malam bersama keluarga di Langkawi membawa pelbagai kenangan,..banyak yang manis la..tapi ada juga yang sedikit masam dan kelat..biasanya kan..kalau manis je..tentu tak sedap...

Bersama anak2 di Underwater world.


konon2 nya dok di antartika....he he

bermanja dengan helmi di Laman Padi..mengimbau kenangan semasa kanak2 dulu, berlari di batas sawah menangkap belalang dan bermain serunai batang padi..


kenangan kat pantai  pulau Beras Basah...


amboiii...jeling...
semua kegembiraan seolah-olah terhenti seketika apabila kereta yang kami sewa dilanggar lari...

 kerete kena rempuh semasa parking...kena baiki..RM400...menangis tak berlagu..tak pasal2 kena bagi duit free kat orang...duit tu cadang nak shopping la,,apa boleh buat..inilah kenangan yang msam dan kelat..yang lain tu manis-manis belaka..apa2pun terima hakikat bahwa hidup tidak selalu indah dan kiata hanyalah manusia yang lemah...yang hanya mampu merancang...

Friday, December 11, 2009

jom pi langkawi

malam ni sibuk berkemas,,,esok kami nak bercuti ke Langkawi...dalam 3 hari la juga...tak bawa banyak pakaian...sebab boleh beli kat sana nanti..yang susah hati musim cuti ni ialah tempat tidur la...dah naik rate...kalau biasa RM100 dah jadi RM150...sewa kereta lagi...semua naik...kalau nak murah kena pi masa sekolah buka...so tak ada pilihan, kalau sekolah dah buka kena pi sekolah la bukannya melancong...apa2pun aku berdoa agar urusan perjalanan kami sekeluarga dipermudahkan...amin.

Wednesday, December 9, 2009

Tidak pernah terlambat untuk berbuat kebaikan...

Hadis dari Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat dari kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan.
Kisah ini menjadi pengajaran untuk diri sendiri...Allah maha pengampun!...sedangkan pada hakikat sebenar, seorang pelacur amat banyak dosa besar yang dilakukan namun dengan keihklasan dan kasih sayang walaupun pada haiwan, dosanya diampunkan...dalam islam perbuatan baik tetap dikira walau sebesar zarah...pahala kebaikan pula dapat menghapuskan dosa-dosa...marilah kiya sama2 berbuat kebaikan...mungkin tidak bermakna untuk manusia namun membawa erti kepada kehidupan sebenarnya...baca selengkapnya kisah ini


 



Friday, November 27, 2009

Qabil dan Habil-----sejarah tercipta.

P/S : Kisah ini mungkin sudah dibaca, didengar dan dikaji...namun bagiku inilah sejarah pengorbanan yang penuh tersirat pengertian yang mendalam. Antara manusia kini, terlalu ramai yang menjadi Qabil...(tidak ikhlas, pendendam, anak derhaka, penjenayah, pembunuh,  dll yang melakukan maksiat!) 
* sesuatu yang perlu direnungkan ialah semua kejadian ini berpunca dari nafsu...jadi tugas manusia Habil ialah mengawal nafsu semata-mata mengharapkan keredhaanNya,..itulah pengorbanan yang sebenarnya untuk kita lakukan masa kini..kendalikan hawa nafsu..insyaallah..selamat hidup di dunia dan akhirat. --sama2 kita ulang semak kisah ini..

Menurut sesetengan ulamak, Nabi Adam dikurniakan Allah dengan anak ramai. Dikatakan mereka mempunyai120 orang putera puteri. Setiap kali Siti Hawa melahirkan anak pasti akan dikurniakan anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Menurut peraturan dan syariat Nabi Adam seperti yang dikehendaki Allah , putera puterinya akan dijodohkan antara satu sama lain .
Kembar pertama yang dilahirkan oleh Siti Hawa ialah Qabil dan Iklima. Kembar keduanya ialah Habil dan Damina . Adik Qabil iaitu Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita. Namun, Damina tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya. Setelah putera puteri baginda meningkat dewasa , Nabi Adam mendapat satu wahyu yang sangat penting dari Allah. Menurut wahyu tersebut Allah memerintahkan Nabi Adam menjodohkan putera puterinya secara berselang seli. Ini bermakna Qabil mestilah berkahwin dengan Damina dan Habil pula berkahwin dengan Iklima. Setelah menerima wahyu itu Nabi Adam segera memberitahu putera puterinya .

Namun puteranya Qabil tidak bersetuju dan terus membantah seraya berkata “Ayah ! aku tidak bersetuju dengan keputusan ayah. Akulah yang berhak berkahwin dengan Iklima kerana dia lahir bersama-sama dengan ku ”. Qabil membantah kerana cemburu dengan terhadap adiknya, Habil. Setelah abangnya diam, Habil pula berkata “ Ayah ! Aku serahkan perkara ini kepada Allah jika demikian perintah Allah”. Kata-kata Habil ini membuatkan abangnya itu bertambah marah .
Nabi Adam diam mendengarkan kata anaknya itu. Tapi Qabil terus membantah sambil berkata “Tidak ayah..aku tetap tidak bersetuju…kalau ayah meneruskan juga beerti ayah mengasihi Habil dan membenciku”. Nabi Adam merasa serba salah dalam menghadapi masaalah menjodohkan anaknya. Setelah berfikir panjang Nabi Adam pun memberi cadangan “ Wahai putera-puteraku..kamu berdualah pergi minta keputusan dari Allah dengan membawa korban mu masing-masing. Barang siapa korbannya diterima Allah, maka dia lah yang benar ”
Pada keesokan harinya kedua-dua putera Nabi Adam itu segera pergi ke tempat yang Nabi Adam sering sujud kepada Allah. Qabil membawa sehidang buah-buahan sesuai pekerjaanya sebagai seorang petani. Maka Habil pula membawa seekor kambing sesuai pekerjaannya sebagai pengembala. Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan. Tidak lama kemudian, turunlah api tanpa asap menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil. Korban Qabil langsung tidak terusik dan berada di tempatnya. Ini beerti Habil lah yang benar dan dialah yang patut berkahwin dengan Iklima. Keputusan dari Allah ini tidak juga membuat Qabil berasa puas malah dia semakin geram dan dendam terhadap adiknya .

Di saat inilah iblis mula menusukkan jarumnya. Iblis mula menghasut Qabil agar membunuh Habil dan menghapuskannya terus dari muka bumi ini. Akhirnya Habil telah dibunuh dengan kejamnya. Pembunuhan ini merupakan detik pembunuhan pertama dalam sejarah hidup dan tamaddun manusia di bumi Allah ini. Pembunuh yang pertama ialah Qabil dan mangsa pembunuhan pertama pula ialah Habil, adik Qabil sendiri. Sejak itu, mulalah tercetusnya pembunuhan sesama manusia kerana masalah wanita. Iblis tidak hentinya menghasut dan mengajak manusia agar melakukan kerosakan kerana Iblis memang suka melihat manusia itu suka melakukan kerosakan di atas muka bumi ini .
Kesimpulan daripada kisah ini adalah manusia adalah makhluk yang lemah dan mudah terpedaya dengan hasutan iblis . Sejak Nabi Adam diturunkan ke dunia ini lantaran termakan buah khuldi , Iblis dan syaitan tanpa hentinya menghasut anak cucu Adam hingga ke hari kiamat .


Sesungguhnya , pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah :
  • Kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada gangguan syaitan 
  • Hendaklah kita mempunyai sifat bertolak ansur dan toleransi sesama sendiri apatah lagi hidup bermasyarakat. 
  • Perbanyakkan amal ibadat dan selalu berzikir kerana amalan – amalan ini dapat menghindari kita dari gangguan iblis dan syaitan . 



 [KEMBALI]

Selamat Hari Raya

Ct ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua pembaca dan follower blog ini...maaf zahir dan batin.

Wednesday, November 25, 2009

perginya tanpa diduga..

Innnalillah...kembali kerahmatullah sorang lagi saudara yang rapat dengan famili kami....Pak Tam Rashid,,matinya dalam waktu tidor...semoga rohnya dicucuri rahmat. pak tam seorang yang budiman, sangat menghormati orang lain...sewaktu menerima berita jam 8 pagi tadi..aku berisgtifar...baru je melawat keluarganya minggu lepas...

Saturday, November 21, 2009

Senyum



Pernah tak kalian hadapi situasi begini, tatkala berjumpa seseorang yang kita kenali, kita pun senyum la tanda persahabatan, tapi boleh tak dibalasnya senyuman kita tu,...make do know je...(Ya Allah geramnya...tersirap darah juga le...kalau tak kenal tak pe la juga). Mulalah hati tertanya-tanya apa salahku, apa dosaku.kat dia ni...bila check rasa2 tak de pa pun yang tak kena...
Untuk orang yang berhati kering macam tu aku ambik kesempatan ni...tak usahlah sombong dan kedekut dengan senyuman anda...tak rugi apa pun, malah senyuman anda akan menambahkan kemanisan wajah serta mengawetmudakan keremajaan anda...tak percaya? Baca fakta berikut:
  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 
  2. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 
  3. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 
  4. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 
  5. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. Apa lagi.....senyum la...kan manis gitu...Jom senyum sambil nyanyi lagu Raihan ni..
Manis wajahmu kulihat di sana, rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.
Senyuman...senyuman
Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,
Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.
Senyumlah senyumlah

Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

*****Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari-hari  insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.****

Friday, November 20, 2009

cuti-cuti tukang cuci....

cuti sekolah lagi...inilah yang paling bahagia bagi sesetengah orang yang bergelar pelajar dan warga sekolah (cikgu2) la...sudah tiba masanya stop dari jadi tukang cuci...(bukan cuci tingkap tapi semua la...) ye lah...kat sekolah macam2 nak dicuci...termasuklah cuci minda bebudak sekolah yang semakin hari semakin berkarat dek pengaruh luar yang bertimpa-timpa., kami para guru berusaha selit dan taburkan serba sedikit serbuk pencuci, malah ada guna klorox (rotan)...tapi kadangkala tak juga berkesan.



Kini mungkin berhenti jadi tukang cuci di sekolah,...nak kena cuci kat rumah la pulak, bukan setakat kemas rumah dan cuci tingkap tapi kena juga selak dan jemgok bilik anak2...maklum tukang cuci...kena pastikan semuanya bersih dan kemas.dan yang paling mencabar ialah nak cuci minda anak-anak. Aku tengah fikirkan apa program yang boleh diselitkan untuk dimanfaatkan...kalau ada sapa boleh cadangkan...elok la juga. Yang tergambar dalam fikiran la ni ialah nak fotostatkan doa-doa dan surah-surah pendek untuk dihafaz,..lepas tu suruh diorang hafaz depan kita,...latih yang patut ke depan menjadi imam solat...and then nak pastikan bebudak rumah ni ada jadual belajar sendiri,   buku teks tahun depan pun dah dapat...sekurang-kurangnya dah boleh gambarkan pebelajaran untuk tahun depan...
Anak-anak dah remaja semuanya,..satu lagi cabaran yang maha hebat...biasanya remaja akan mula menjarakkan diri dari ibu bapa dan semakin dekat dengan rakan...(salah satu faktor aku tak galakkan anak-anak tinggal di asrama). Nampak gayanya kena la pujuk dan peluk selalu...supaya mereka tak lari jauh sangat...he he..dan biasanya mak juga la kena buat...abahnya buat-buat tak tahu je,...tapi aku bersyukur juga le sebab abah bebudak ni tak banyak songel...apa yang baik tetap disokongnya..yang menjadi masalah ialah bagaimana nak bebudak ni outdoor sikit...ketiga2 anakanda ni tak suka langsung keluar rumah..masuk pagar..tutup..buka pagar time nak keluar rumah je...aku pun heran jugak...mak dan abahnya dulu kaki merantau...pantang ada masa sikit habis di belahnya belantara...cari buah-buah hutan, ikan-ikan dan berkunjung rumah rakan2....mungkin kat rumah dulu tak ada apa yang boleh dibuat...macam bebudak la ni masuk rumah...dah sedia ada game, internet, VCD, dll yang mencuri sebahagian besar masa...tambah lagi yang dah ada handset sendiri...(tapi anak2ku belum ada handset sendiri...belum masanya...lagipun dari pemerhatian..handset ni banyak yang disalahgunakan..)  apa-apapun aku teruja juga nak jadi tukang cuci dalam waktu bercuti ni....mungkin juga boleh cuci mata kat tempat-tempat yang belum dilawati...insyaallah.
baca lanjut



Thursday, November 19, 2009

sejarah berulang lagi...

Adik pun dapat 5A  juga...tahniah!...adik berjaya mengulangi kejayaan abang...itulah yang aku ucapkan kepada adik (anak bongsuku) sebaik saja dia diumumkan mendapat 5A dalam UPSR jam 10.30 pagi. Sebenarnya adik ni bukanlah rajin sangat...malas nak membaca..mungkin rezekinya sebab dia ni suka membantu orang lain....
"adik tak percaya la bole dapat 5A mak.." dia berbisik sambil air matanya berlenang..
"dik,...sebenarnya itulah kekuatan doa...selain dari usaha...kalau adik nak tahu, mak, abah, tok dan tok wan malah seluruh keluarga sering berdoa agar adik diberi kejayaan., mungkin ini sebagai tanda Allah sayangkan adik." aku menjawab.

Mungkin kejayaan ini akan memberi keyakinan untuk adik berusaha lebih baik di masa akan datang...aku tidak bercadang nak menghantar adik ke sekolah berasrama kerana aku yakin adik akan lebih mendapat perhatian, tumpuan dan kasih sayang jika meneruskan persekolahan bersamaku seperti abangnya juga. Semoga dapatlah kedua-dua beradik ini dalam pemantauanku samada di rumah atau di sekolah...semoga mereka mengerti niat baikku...biarlah sampai mereka lepas PMR sebelum melayari kehidupan di asrama, aku mahu mendidik mereka sendiri, apatah lagi kehidupan di asrama sekarang amat mencabar,...memerlukan jati diri yang kukuh agar tidak dipengaruhi.oleh pelbagai unsur negatif...aku mahu bekalkan mereka dengan kekuatan sebelum melepaskan mereka ke lautan bergelombang...semoga adik dan abang mengerti mengapa aku mahu mereka bersekolah di sekolah yang sama tempatku bertugas...

Wednesday, November 18, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan.

SPM bermula hari ini,...kepada semua calon dan pelajar diucapkan selamat menjawab dalam perjuangan dunia yang penting  dalam menentukan hala tuju masing-masing nanti..kepada cikgu tipah, terima kasih bebanyak kerana menggantikan aku...bukannya aku tak mahukan tugas ni tapi desakan untuk siapkan tesis pada masa yang sama memaksa aku menolak tugasan ini...semoga cikgu tipah gembira dan dapat pengalaman baru no....

Sunday, November 15, 2009

Doa Perpisahan

Alhamdulillah...selesai sudah satu tugas yang membelenggu jiwa...iaitu menyediakan persembahan multimedia untuk meraikan majlis persaraan Pengetua SMK Syed Mohd Al-Bukhary..hari ini. Banyak kegembiraan yang kuraih hari ini, antaranya ialah:
1. Selesai sudah tugasan yang memakan masa yang lama ..walaupun masa tayangan cuma 15 minit..
2. Sempat juga aku membakar 3 biji pizza untuk para pelajar yang selama ini banyak membantu..
3. Bertemu kembali Tipah setelah dia hilang kerana ber"camping"...
4. Puan pengetua mengucapkan terima kasih dan berpuas hati...
Apa-apapun ku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bersara kepada mantan pengetua iaitu Puan Hajah Nooraini Bt Mohd Noor...juga selamat ulang tahun yang ke 56. Semoga diberikan taufik dan hidayah yang berpanjangn..beliau bukan saja bekas pengetua malah bekas cikguku dulu...terima kasih cikgu.


Pn hajah Nooraini - Mantan pengetua SMKSMAB

Tuesday, November 10, 2009

Apalah malang nasib cikgu...

****Merujuk berita harian metro hari ini...

20 guru diugut bunuh

Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Lebih 20 guru trauma akibat diugut bunuh dan pukul oleh ibu bapa berikutan insiden jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar yang mengorbankan tiga murid, bulan lalu. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, guru terbabit mendakwa turut menerima panggilan lucah di rumah terutama ketika tengah malam oleh individu tidak dikenali.

Katanya, guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan dan Gopeng, Perak, itu sentiasa dimarahi malah kerap diugut pihak berkenaan walaupun berada di tempat awam selain dipandang serong penduduk setempat.

“Disebabkan bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga, guru berkenaan sudah membuat laporan polis. Mereka (guru) bimbang barangkali akan berlaku perkara tidak diingini nanti akibat sering diugut walau di mana pun mereka berada. “Sekiranya berjalan di pasar raya, rakan atau saudara mara kepada ibu bapa murid sekolah berkenaan akan menggelar mereka pembunuh sebelum diugut,” katanya, di sini, semalam. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Ia susulan tragedi jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Perak, 26 Oktober lalu, yang mengakibatkan tiga murid terkorban. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, 30 hingga 50 murid dan seorang guru pengiring yang menyertai Perkhemahan 1Malaysia terjatuh ke dalam Sungai Kampar selepas jambatan gantung digunakan runtuh secara tiba-tiba.

Justeru, pelbagai pihak terutama ibu bapa mendakwa ada di kalangan anak mereka menghadiri perkhemahan itu tanpa kebenaran. Mengulas lanjut, Lok berkata, pihaknya meminta supaya ibu bapa tidak menyalahkan guru semata-mata kerana didapati jambatan gantung itu sememangnya tidak kukuh, malah guru sememangnya tidak akan membawa pelajar sekiranya tidak mendapat kebenaran ditanda tangani ibu bapa.

Katanya, kemelut antara dua pihak ini (guru dan ibu bapa) perlu ditangani segera supaya perkara ini tidak berlanjutan hingga terjadi insiden tidak diingini kelak. “Ada juga guru menghantar permohonan untuk ditukarkan ke sekolah lain kerana tidak dapat memberi tumpuan dalam pengajaran akibat diugut. Sekiranya dipindahkan, mungkin ia langkah terbaik kerana dapat meredakan keadaan.

“Kami juga mencadangkan guru dan murid berkenaan diberi khidmat kaunseling oleh kaunselor bertauliah agar keadaan tidak menjadi semakin buruk,” katanya sambil menambah, NUTP yakin siasatan dijalankan Kementerian Pelajaran telus dan adil. Katanya, NUTP turut mencadangkan tiada lagi program berkaitan pelajar khususnya yang membabitkan sekolah rendah diadakan di kawasan berair seperti sungai dan air terjun untuk menjamin keselamatan. “Kami juga mencadangkan guru yang menyertai program seumpama itu pada masa akan datang diberi cuti ganti pada keesokan harinya. “Guru yang menyertai program seumpama ini bertauliah, oleh itu, biasanya mereka (guru) akan dilantik jabatan sebagai jurulatih program dan akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai guru. Jadi, mereka membuat dua kerja pada satu masa dan cuti ganti ini diperlukan supaya guru berkenaan dapat menumpukan pada pengajaran pula,” katanya.
******
Komen CT
1. Guru sekarang semakin tertekan, sekolah dan PPD disuruh anjur program...guru-gurulah yang diarah untuk melaksanakan program tersebut. Kalau program tersebut berjaya, bernasib baiklah guru-guru yang terlibat..pihak sekolah akan dipuji dan pihak PPD akan tersenyum bangga. Sebaliknya jika berlaku musibah...semua pihak akan menggali lubang sedalam2nya mencari-cari mana kekurangan atau kesilapan agar dapat dituding jari....
2. Kebanyakan guru yang terlibat adalah guru yang  berdedikasi kerana hanya guru sedemikian je yang sanggup meninggalkan keluarga untuk bersama pelajar, biasanya guru2 yang rajin dan tidak suka membantah akan menjadi mangsa...amat simpati bila kes seperti ini dijadikan beban kepada guru2 sehingga ancaman bunuh. Guru mana yang mahu kejadian buruk berlaku...inikan pula faktor utama bukanlah kecuaian manusia...
3. Anak-anak yang menjadi pelajar sekarang bijak bermuka-muka...terdapat juga pihak yang ambil kesempatan untuk menangguk di air keruh. Pihak ketiga ni lah yang selalunya menjadi batu api...sehinggakan benda yang kecil menjadi sebesat2nya...
4. Sudahlah penat menjaga anak orang...dengan kebenaran, balik dari aktiviti terus ke sekolah pula untuk bertugas, bukannya ada cuti ke.barang sehari ..tu yang ramai cikgu keberatan....penat!!!
******* Kalau ikitkan hati...tak nak jadi cikgu,...bak kata kawan CT...cikgu zaman sekarang adalah pengasuh, tukang kebun, tukang sapu, tukang masak, penjaga setor dll....semua dalam satu!!!

Monday, November 9, 2009

Adzab Neraka bagi Pembunuh Kucing, inikan pula membunuh anak sendiri?



ingat kut nak sayang dan belai  si comel tu...


betapa sucinya ....tak tahu pun ajalnya akan tiba dengan
cara yang amat kejammmmmm


memang gila...penghuni neraka jahannamm, apalah dosa kucing.
.kalau nak glamour seluruh dunia pun bunuhla diri sendiri!


nanti kat akhirat..kucing ni akan tusuk mata hang yang sepet tu..
biaq hang rasa sakitnya..(tak sanggup nak tengok)


tamatlah riwayat....selamat lah kucing dari dunia yang kejam..
dari tangan2 manusia yang berhati syaitan.
P/s: Kejam sungguh wanita dalam gambar ini, walaupu tragis
dan tak sanggup dilihat namun kupaparka jua sebagai renungan
bersama kerana aku amat menyayangi kucing-kucing yang dilayan 
macam anak sendiri...

Sunday, November 8, 2009

Dah hampir ke garisan....letih.

Bermula dari 5 petang kelmarin hinggalah jam 10 malam, aku berkampung kat rumah Hazidah, rakan sepengajianku...buat apa lagi...analisis data la...sebagai menyempurnakan proposal tesis. Penat...sakit belakang dan leher pun rasa terkehel...mata naik berpinau...namun aku pasti siapkan walau sesukar manapun...kerana aku tak sabar untuk sampai ke garisan penamat..dah tak lama dah ct...sabar dan bawa bertenang...kalau orang lain boleh awak pun boleh juga. Terima kasih juga buat teman yang sudah sarjana, Imah yang bertungkus lumus mengajar kami...budimu tak dilupakan..nampak gaya Raya korban ni memang kena betul2 berkorban le...orang lain sibuk membakar lemang dan merebus ketupat...dan menggoreng rendang..maka kami  juga sibuk menggoreng...he he...semoga selamatlah diakhirnya nanti.
Untuk diri sendiri aku hadiahi sekuntum mawar, kuning lagi..buat penyeri entry...he he he...(sewel). Saat ini azan subuh dah bergema.....so..solat dulu..

Friday, November 6, 2009

Jutawan yang budiman - my superman.


Latarbelakang Ringkas Syed Mokhtar
Tahun lahir : 1951
Pendidikan: SPM
Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan: RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta: Proton Perdana

Sumbangan sosial
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini. Antara pegangan hidupnya ialah:

***Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

****Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

****Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

****Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

****Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

****Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

****Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

****Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

****Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

P/S: Kalaulah kita semua dapat mentarbiah diri seperti ini....

Thursday, November 5, 2009

Aku kesepian...Helmi bercamping.


Anakku cuma tiga...yang sulung dah belajar di Institut Perguruan, Helmi kedua di tingkatan 1 dan sikecik yang besar Athirah dah tahun 6. Tak lama lagi Result UPSR akan keluar..aku mula berfikir..andainya anak kecik aku tu dapat asrama, macam mana la keadaan hidupku..Helmi dulu pun dapat 5A tapi nasib baiklah dia tak dapat asrama...dapatlah aku bermanja lagi..kesunyian semakin menghimpit. Bagi pendapat aku..semasa tingkatan 1-3 biarlah mereka bersamaku dulu...nanti selepas PMR jika ditawarkan ke asrama maka bertebaranlah kalian dimukabumi ini...mencari ilmu bakal panduan masa depan.
Kelmarin Helmi pergi bercamping dengan kawan2 sekolah...hari ini hanya tinggal kami bertiga..aku, hubby dan adik. Hujan begitu lebat...aku berharap Helmi tabah menghadapi suasana sukar di sana..dia ni jarang keluar macam tu...nasib baik la ada untie Tipah (my best friend) ikut serta..bolehla tengokkan Helmi yang lemah lembut tu.
Semalam selepas maghrib..trasidi bacaan yassin dah tak cukup korum..tukang baca doanya tiada...dalam diam aku sedar...berapa lamapun aku bersama anak dan keluarga...yang penting ialah ikatan kasih sayang...semoga didikan yang kuberikan mampu menghalang anasir luar mempengaruhi minda mereka...itu harapanku.

Paling tinggi vs paling rendah


Burj Dubai, menara yang sedang dibangunkan di sini oleh Emaar Properties, telah mencapai ketinggian terbaru - 688 meter.
Ulasan: Kesanggupan negara-negara Arab Teluk untuk berbelanja dengan boros membina menara-menara yang tidak memanfaatkan umat Islam, mahupun melakukan perkara-perkara pembaziran lainnya, bukan lagi merupakan suatu perkara yang baru atau luar biasa.
Bangunan ini bukanlah suatu yang boleh dibanggakan oleh umat Islam, sementara umat Islam di Gaza terpaksa bergelut dengan kekurangan makanan akibat sekatan oleh rejim Zionis Israel. Ia hanyalah satu pembaziran tatkala saudara-saudara kita yang lain memerlukan bantuan untuk hidup. Firman Allah, “Dan janganlah membazir, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir”. [TMQ al-An’am (6):141].
Bank dunia melaporkan seramai 1.9 bilion penduduk dunia hidup dengan USD1.25 setiap hari. Sepatutnya dengan kekayaan umat Islam yang melimpah ruah, negara-negara Arab Teluk boleh menggunakannya untuk membangun industri ketenteraan yang kuat dan berperang mengalahkan Amerika, membebaskan negeri umat Islam dan menyatukannya di bawah Khilafah. Pada masa yang sama membelanjakan wang mereka dengan membantu saudara mereka yang lain sama ada membekalkan makanan, ubat-ubatan, membina universiti-Universiti, hospital-hospital yang terbaik di dunia dilengkapi dengan peralatan dan kepakaran manusia yang terbaik untuk membantu perkembangan Research and Development (RND), atau membuka industri-industri yang boleh mengeluarkan barangan pengguna yang mengurangkan kebergantungan terhadap Barat. Sebaliknya perbelanjaan yang boros yang tidak menguntungkan umat Islam sedikit pun, tetapi hanyalah untuk kepentingan peribadi dan malah berbangga-bangga pula dengannya.
******Apalah gunanya bangunan tinggi melangit, dalam masa yang sama juga umat Islam terus-menerus hidup terhina menyembah bumi.

Khiamat 2012?

Ramalan tentang khiamat
1. ramalan bangsa Maya (juga suku Hopi, Mesir Kuno, dan beberapa suku kuno lainnya) di dalam kalendernya dengan detail mengungkapkan jika tahun 2012 merupakan akhir sekaligus awal zaman baru. Bagaikan kelahiran seorang anak manusia, maka kelahiran zaman baru ini akan dipenuhi dengan darah. Suku Maya merupakan salah satu suku kuno di dunia ini yang dikenal sebagai suku yang sangat detail memperhatikan dan menghitung bintang-bintang dan benda langit lainnya.

2. Kitab kuno dari Cina, I Ching, juga menyatakan akan terjadi bencana besar di tahun 2012.

3. Beberapa ativitas modern juga terkait dengan tahun 2012, yakni dateline modernisasi besar-besaran Pentagon dalam peristiwa 11 September 2001, batas akhir pelaksanaan Codex Alimentarius yang berupaya mengurangi populasi manusia di bumi.

4. Seorang tokoh spiritual Yahudi dunia bernama Titzchak Qadduri jauh-jauh hari sudah menyerukan kaum Yahudi agar sesegera mungkin meninggalkan daratan Amerika Syrikat karena menurut perhitungannya, sebuah komet atau asteroid raksasa tengah meluncur di alam semesta dan mengarah serta akan menumbuk menuju daratan Amerika.

*******Semua itu merupakan ramalan-ramalan para pakar di bidangnya masing-masing. Menurut Islam, kiamat adalah hal yang tidak bias dihindarkan. Hanya saja, kita tidak akan pernah tahu bilakah pastinya akan terjadi. mungkin besok, atau entah bila... Umat Islam adalah umat akhir zaman.

Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
H.R Muslimi


Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.. kejadian ini akan menyebabkan kepada gempa di China, Tsunami di Aceh.(sudahpun berlaku)
8. Gempa bumi di Barat. Bisa jadi ini akan terjadi di daerah Mexico, Argentina, Brazilia dan negara-negara Amerika Latin. (sudah berlaku)
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.. Kemungkinan kasus longsor di Mesir sebagai permulaannya.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Wallahu’alam bishawab. Semoga kita semua bersedia dan percaya bahawa khiamat sudah dekat. Petanda awal sudah terlalu banyak...

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he