Followers

Thursday, November 5, 2009

Aku kesepian...Helmi bercamping.


Anakku cuma tiga...yang sulung dah belajar di Institut Perguruan, Helmi kedua di tingkatan 1 dan sikecik yang besar Athirah dah tahun 6. Tak lama lagi Result UPSR akan keluar..aku mula berfikir..andainya anak kecik aku tu dapat asrama, macam mana la keadaan hidupku..Helmi dulu pun dapat 5A tapi nasib baiklah dia tak dapat asrama...dapatlah aku bermanja lagi..kesunyian semakin menghimpit. Bagi pendapat aku..semasa tingkatan 1-3 biarlah mereka bersamaku dulu...nanti selepas PMR jika ditawarkan ke asrama maka bertebaranlah kalian dimukabumi ini...mencari ilmu bakal panduan masa depan.
Kelmarin Helmi pergi bercamping dengan kawan2 sekolah...hari ini hanya tinggal kami bertiga..aku, hubby dan adik. Hujan begitu lebat...aku berharap Helmi tabah menghadapi suasana sukar di sana..dia ni jarang keluar macam tu...nasib baik la ada untie Tipah (my best friend) ikut serta..bolehla tengokkan Helmi yang lemah lembut tu.
Semalam selepas maghrib..trasidi bacaan yassin dah tak cukup korum..tukang baca doanya tiada...dalam diam aku sedar...berapa lamapun aku bersama anak dan keluarga...yang penting ialah ikatan kasih sayang...semoga didikan yang kuberikan mampu menghalang anasir luar mempengaruhi minda mereka...itu harapanku.

2 comments:

Tirana said...

Kecik-kecik ditimang ibu, sudah besar ditimang gelombang

siti ajar bt yaakob said...

tirana - sebelum dibiarkan gelombang datang dan menenggelamkan..iman, perlulah diajarkan berenang ditepian kan...penuhi dada dengan ilmu dan takwa supaya boleh menjadi seperti ikan...tidak akan masin walau berenang dipersekitaran yang bergaram..

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he