Followers

Friday, November 27, 2009

Qabil dan Habil-----sejarah tercipta.

P/S : Kisah ini mungkin sudah dibaca, didengar dan dikaji...namun bagiku inilah sejarah pengorbanan yang penuh tersirat pengertian yang mendalam. Antara manusia kini, terlalu ramai yang menjadi Qabil...(tidak ikhlas, pendendam, anak derhaka, penjenayah, pembunuh,  dll yang melakukan maksiat!) 
* sesuatu yang perlu direnungkan ialah semua kejadian ini berpunca dari nafsu...jadi tugas manusia Habil ialah mengawal nafsu semata-mata mengharapkan keredhaanNya,..itulah pengorbanan yang sebenarnya untuk kita lakukan masa kini..kendalikan hawa nafsu..insyaallah..selamat hidup di dunia dan akhirat. --sama2 kita ulang semak kisah ini..

Menurut sesetengan ulamak, Nabi Adam dikurniakan Allah dengan anak ramai. Dikatakan mereka mempunyai120 orang putera puteri. Setiap kali Siti Hawa melahirkan anak pasti akan dikurniakan anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Menurut peraturan dan syariat Nabi Adam seperti yang dikehendaki Allah , putera puterinya akan dijodohkan antara satu sama lain .
Kembar pertama yang dilahirkan oleh Siti Hawa ialah Qabil dan Iklima. Kembar keduanya ialah Habil dan Damina . Adik Qabil iaitu Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita. Namun, Damina tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya. Setelah putera puteri baginda meningkat dewasa , Nabi Adam mendapat satu wahyu yang sangat penting dari Allah. Menurut wahyu tersebut Allah memerintahkan Nabi Adam menjodohkan putera puterinya secara berselang seli. Ini bermakna Qabil mestilah berkahwin dengan Damina dan Habil pula berkahwin dengan Iklima. Setelah menerima wahyu itu Nabi Adam segera memberitahu putera puterinya .

Namun puteranya Qabil tidak bersetuju dan terus membantah seraya berkata “Ayah ! aku tidak bersetuju dengan keputusan ayah. Akulah yang berhak berkahwin dengan Iklima kerana dia lahir bersama-sama dengan ku ”. Qabil membantah kerana cemburu dengan terhadap adiknya, Habil. Setelah abangnya diam, Habil pula berkata “ Ayah ! Aku serahkan perkara ini kepada Allah jika demikian perintah Allah”. Kata-kata Habil ini membuatkan abangnya itu bertambah marah .
Nabi Adam diam mendengarkan kata anaknya itu. Tapi Qabil terus membantah sambil berkata “Tidak ayah..aku tetap tidak bersetuju…kalau ayah meneruskan juga beerti ayah mengasihi Habil dan membenciku”. Nabi Adam merasa serba salah dalam menghadapi masaalah menjodohkan anaknya. Setelah berfikir panjang Nabi Adam pun memberi cadangan “ Wahai putera-puteraku..kamu berdualah pergi minta keputusan dari Allah dengan membawa korban mu masing-masing. Barang siapa korbannya diterima Allah, maka dia lah yang benar ”
Pada keesokan harinya kedua-dua putera Nabi Adam itu segera pergi ke tempat yang Nabi Adam sering sujud kepada Allah. Qabil membawa sehidang buah-buahan sesuai pekerjaanya sebagai seorang petani. Maka Habil pula membawa seekor kambing sesuai pekerjaannya sebagai pengembala. Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan. Tidak lama kemudian, turunlah api tanpa asap menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil. Korban Qabil langsung tidak terusik dan berada di tempatnya. Ini beerti Habil lah yang benar dan dialah yang patut berkahwin dengan Iklima. Keputusan dari Allah ini tidak juga membuat Qabil berasa puas malah dia semakin geram dan dendam terhadap adiknya .

Di saat inilah iblis mula menusukkan jarumnya. Iblis mula menghasut Qabil agar membunuh Habil dan menghapuskannya terus dari muka bumi ini. Akhirnya Habil telah dibunuh dengan kejamnya. Pembunuhan ini merupakan detik pembunuhan pertama dalam sejarah hidup dan tamaddun manusia di bumi Allah ini. Pembunuh yang pertama ialah Qabil dan mangsa pembunuhan pertama pula ialah Habil, adik Qabil sendiri. Sejak itu, mulalah tercetusnya pembunuhan sesama manusia kerana masalah wanita. Iblis tidak hentinya menghasut dan mengajak manusia agar melakukan kerosakan kerana Iblis memang suka melihat manusia itu suka melakukan kerosakan di atas muka bumi ini .
Kesimpulan daripada kisah ini adalah manusia adalah makhluk yang lemah dan mudah terpedaya dengan hasutan iblis . Sejak Nabi Adam diturunkan ke dunia ini lantaran termakan buah khuldi , Iblis dan syaitan tanpa hentinya menghasut anak cucu Adam hingga ke hari kiamat .


Sesungguhnya , pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah :
  • Kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada gangguan syaitan 
  • Hendaklah kita mempunyai sifat bertolak ansur dan toleransi sesama sendiri apatah lagi hidup bermasyarakat. 
  • Perbanyakkan amal ibadat dan selalu berzikir kerana amalan – amalan ini dapat menghindari kita dari gangguan iblis dan syaitan . 



 [KEMBALI]

8 comments:

ZOOL@TOD said...

Antara pengajaran dari kisahHabil dan Qabil:
1) Jangan dengki yang melampau.
2) Jangan tamak.
3) Ikut peraturan/ hukum yang telah ditetapkan Allah.
4) Ikhlas dalam memberi sesuatu.

Nuha Hashim said...

Assalamu'alaikum akak..syukran kerana ssudi menziarahi blog saya yang masih mentah ini..Mohon ditunjuk ajar.. Alhamdulillah, di sini saya ambil ijazah Fiqh wa usul..doakan ya..

rosnanie said...

Sejarah itu adalah permulaan kepada sesuatu. Dengan terjadinya sejarah antara Qabil dn Habil, banyak perkara yang boleh dijadikan ikhtibar

Abeli Rosli said...

assalamualaikom ct.com.. salam zirah.. salm kenal.. sbelum terciptanya manusia yang pertama skali di ciptakan allah ialah NUR MUHAMAD dari nur muhamad ini lah tercipta nya sgala makhluk di langit dan bumi.. pada satu ketika allah berfirman kepada malaikat " aku ingin jadikan khalifah di atas muka bumi ini.. lalu malaikat bertanya.. mengapakah allah ingin jadikan manusia sbagai khalifah di muka bumi ini yang sering bermusuhan.. berbalah.. berbunuhan.. dan berbuat kerosakan.. lalu allah menjawab.. aku tahu apa yang kamu tidak tahu.."

Unknown said...

Semuanya buat pengajaran utk sesiapa yg mahu berfikir..

abu muaz said...

Salam cikgu. Semua kisah itu hanya bermenafaat bagi orang yang berfikir.Benar kata anda tuan Lana.

TAAVEEKUN PERAK said...

cg.salam ziarah,
syaitan di malaysia semua dah masuk politik dan kini syaitan2 yg tak terkira byknya sdg kacau dan huru harakan negara kita.pandai pulak syaitan2 ini pakai jubah dan bela janggut serta berhujjah dalam bahasa ugama.rakyat malaysia kini makin keliru dan celaru.apa kita kena buat cg? ade petua ke untuk amalan org2 yg sering digoda syaitan2 ini?

TAAVEEKUN PERAK said...

bila kita kata 1malaysia pasti ada bangsa melayu cina india dan lain2.yang menulis ini adalah RAHMAN.tq

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he