Followers

Tuesday, November 10, 2009

Apalah malang nasib cikgu...

****Merujuk berita harian metro hari ini...

20 guru diugut bunuh

Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Lebih 20 guru trauma akibat diugut bunuh dan pukul oleh ibu bapa berikutan insiden jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar yang mengorbankan tiga murid, bulan lalu. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, guru terbabit mendakwa turut menerima panggilan lucah di rumah terutama ketika tengah malam oleh individu tidak dikenali.

Katanya, guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan dan Gopeng, Perak, itu sentiasa dimarahi malah kerap diugut pihak berkenaan walaupun berada di tempat awam selain dipandang serong penduduk setempat.

“Disebabkan bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga, guru berkenaan sudah membuat laporan polis. Mereka (guru) bimbang barangkali akan berlaku perkara tidak diingini nanti akibat sering diugut walau di mana pun mereka berada. “Sekiranya berjalan di pasar raya, rakan atau saudara mara kepada ibu bapa murid sekolah berkenaan akan menggelar mereka pembunuh sebelum diugut,” katanya, di sini, semalam. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Ia susulan tragedi jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Perak, 26 Oktober lalu, yang mengakibatkan tiga murid terkorban. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, 30 hingga 50 murid dan seorang guru pengiring yang menyertai Perkhemahan 1Malaysia terjatuh ke dalam Sungai Kampar selepas jambatan gantung digunakan runtuh secara tiba-tiba.

Justeru, pelbagai pihak terutama ibu bapa mendakwa ada di kalangan anak mereka menghadiri perkhemahan itu tanpa kebenaran. Mengulas lanjut, Lok berkata, pihaknya meminta supaya ibu bapa tidak menyalahkan guru semata-mata kerana didapati jambatan gantung itu sememangnya tidak kukuh, malah guru sememangnya tidak akan membawa pelajar sekiranya tidak mendapat kebenaran ditanda tangani ibu bapa.

Katanya, kemelut antara dua pihak ini (guru dan ibu bapa) perlu ditangani segera supaya perkara ini tidak berlanjutan hingga terjadi insiden tidak diingini kelak. “Ada juga guru menghantar permohonan untuk ditukarkan ke sekolah lain kerana tidak dapat memberi tumpuan dalam pengajaran akibat diugut. Sekiranya dipindahkan, mungkin ia langkah terbaik kerana dapat meredakan keadaan.

“Kami juga mencadangkan guru dan murid berkenaan diberi khidmat kaunseling oleh kaunselor bertauliah agar keadaan tidak menjadi semakin buruk,” katanya sambil menambah, NUTP yakin siasatan dijalankan Kementerian Pelajaran telus dan adil. Katanya, NUTP turut mencadangkan tiada lagi program berkaitan pelajar khususnya yang membabitkan sekolah rendah diadakan di kawasan berair seperti sungai dan air terjun untuk menjamin keselamatan. “Kami juga mencadangkan guru yang menyertai program seumpama itu pada masa akan datang diberi cuti ganti pada keesokan harinya. “Guru yang menyertai program seumpama ini bertauliah, oleh itu, biasanya mereka (guru) akan dilantik jabatan sebagai jurulatih program dan akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai guru. Jadi, mereka membuat dua kerja pada satu masa dan cuti ganti ini diperlukan supaya guru berkenaan dapat menumpukan pada pengajaran pula,” katanya.
******
Komen CT
1. Guru sekarang semakin tertekan, sekolah dan PPD disuruh anjur program...guru-gurulah yang diarah untuk melaksanakan program tersebut. Kalau program tersebut berjaya, bernasib baiklah guru-guru yang terlibat..pihak sekolah akan dipuji dan pihak PPD akan tersenyum bangga. Sebaliknya jika berlaku musibah...semua pihak akan menggali lubang sedalam2nya mencari-cari mana kekurangan atau kesilapan agar dapat dituding jari....
2. Kebanyakan guru yang terlibat adalah guru yang  berdedikasi kerana hanya guru sedemikian je yang sanggup meninggalkan keluarga untuk bersama pelajar, biasanya guru2 yang rajin dan tidak suka membantah akan menjadi mangsa...amat simpati bila kes seperti ini dijadikan beban kepada guru2 sehingga ancaman bunuh. Guru mana yang mahu kejadian buruk berlaku...inikan pula faktor utama bukanlah kecuaian manusia...
3. Anak-anak yang menjadi pelajar sekarang bijak bermuka-muka...terdapat juga pihak yang ambil kesempatan untuk menangguk di air keruh. Pihak ketiga ni lah yang selalunya menjadi batu api...sehinggakan benda yang kecil menjadi sebesat2nya...
4. Sudahlah penat menjaga anak orang...dengan kebenaran, balik dari aktiviti terus ke sekolah pula untuk bertugas, bukannya ada cuti ke.barang sehari ..tu yang ramai cikgu keberatan....penat!!!
******* Kalau ikitkan hati...tak nak jadi cikgu,...bak kata kawan CT...cikgu zaman sekarang adalah pengasuh, tukang kebun, tukang sapu, tukang masak, penjaga setor dll....semua dalam satu!!!

7 comments:

Unknown said...

Bersabarlah wahai cikgu2 sekelian..Selagi umur dikandung badan .. selagi itulah status tu tak kan hilang sekalipun dah pencen..
Biasalah usaha nak mendidik anak bangsa mmglag mencabar..
lebih2 lagi keadaan sekarang ni..
mmg payah pun nak dajar..
tak lagu dulu2..anak murid dan ibu bapak menghormati guru2..

siti ajar bt yaakob said...

Tq la MR lana...kadangkala waktu nak pi sekolah, pasang niat ikhlas namun sampai ketika yang mencabar...boleh tipis iman,..manakan tidak suruh buka web pendidikan...dia search web porno!...itulah hakikat yang orang ramai tak tahu...ramai ibu bapa tertipu dengan anak2...kat rumah pijak semut tak mati..

Tirana said...

Mana boleh main tuding2 jari..Kemalangan itu boleh berlaku pada sesiapa saja. Kalau di bawah jagaan ibubapa pun, kalau nak jadi, jadi juga kan? Kena terima ia sebagai satu takdir

siti ajar bt yaakob said...

inilah fenomena sedih yang berlaku dalam dunia pendidikan...manusia yang lemah nak mengaku kuat..kalaulah semua tahu benda buruk akan berlaku tentulah tak jadi program tu tirana oii...

abu muaz said...

para kontraktor sedang ketawa kerana untung lebih.Pulus banyak.

nurayunni said...

tugas cikgu adalh mulia...
sabar yer akak...

songsang said...

Saya pun cikgu jugak Pn Siti..
Saya sangat mengerti..
Kerja cikgu ni semuanya dalam satu..
Tidak dinafikan kebanyakan masa akan rasa terbeban dan tertekan..
Bukan setakat mengajar di kelas saje..benda luar bidang pun terpaksa buat..
Lebih-lebih lagi kalau dapat GB yang 'garang' dan kurang mesra guru..
Lagi tension..

Apa boleh buat, sabar je la Pn Siti..


http://cikguaziz.blogspot.com

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he