Followers
Wednesday, November 4, 2009
Bunuh bayi sendiri....
KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang ibu beranak enam selepas dia didapati bersalah menyebabkan kematian bayinya yang berusia 10 bulan dua tahun lalu.
Bahasniza Abu Bakar, 34, sebelum itu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian bayinya, Asyhraf Noor Aswasi dengan cara menutup mulut anak bongsunya itu yang sedang menangis dengan bantal sehingga tidak bernyawa.
Tertuduh selepas itu mencampakkan mayat bayinya ke dalam tali air berdekatan rumahnya sebelum membuat laporan polis mendakwa mangsa hilang tanpa disedari. Perbuatan itu dilakukan di rumahnya di Kampung Kubang Berulat, Gunung, Bachok antara pukul 12.30 tengah malam hingga 3 pagi 7 Julai 2007.
Bahasniza dituduh membunuh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda. Hakim Datuk Mohd. Azman Hussin mengarahkan hukuman penjara ke atas Bahasniza berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada hari kejadian.
Berita susulan
Ibu bayi mati dalam tali air hadapi tekanan emosi (Tuesday, 10 July 2007 07:26AM)
©Utusan Malaysia
KOTA BHARU 9 Julai – Ibu kepada bayi berusia 10 bulan yang mayatnya ditemui terapung dalam tali air di Kampung Kubang Berulat, Bachok Sabtu lalu dipercayai mengalami gejala tekanan emosi.Menurut penduduk setempat, wanita berusia 34 tahun itu dikatakan kerap bersendirian menguruskan enam orang anaknya yang masih kecil dalam keadaan kehidupan yang daif.
Selain bayi berkenaan, wanita tersebut juga mempunyai lima orang anak lain berusia antara tiga dan 12 tahun. Suaminya yang bekerja sebagai buruh terpaksa berjauhan untuk mencari rezeki dan semasa kejadian dia dikatakan bekerja menebas hutan di Gua Musang. Difahamkan, wanita berkenaan yang ditahan kelmarin untuk membantu siasatan kematian anaknya telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini untuk pemeriksaan kesihatan.
Wanita itu ditahan setelah bedah siasat terhadap mayat Mohd. Ashraf Nuraswadi mendapati mangsa meninggal dunia bukan akibat lemas dalam air tetapi kerana ditekap mukanya dipercayai menggunakan bantal. Laporan bedah siasat itu menjawab tanda tanya berhubung punca kematian Mohd Ashraf. Sementara itu, polis sudah merakamkan percakapan suami wanita itu untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 34 tahun itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Bachok, kelmarin.‘‘Siasatan polis terhadap bapa mangsa setakat ini mendapati dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,’’ katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, isteri lelaki terbabit masih dalam tahanan reman sehingga esok untuk membantu siasatan berhubung kematian anaknya.
P/S**** agaknya semasa kejadian ini berlaku, di mana lelaki yang bergelar suami?. Bayangkan usia wanita ini baru 34 tahun tetapi suadah mempunyai 6 orang anak. Si anak menangis tentu bersebab, mungkin sakit atau lapar...aku dapat bayangkan suasana yang kusut masai, berselerakan dan hidup yang penuh dengan kepahitan dan kesukaran.sehingga mentalnya terganggu lantas tergamak menekup anak kemudian dilempar dalam tali air...bukan calng-calang wanita dapat berbuat seperti itu...melainkan wanita itu sudah mati mata hati dan akalnya...geramnya kat lelaki...****
Akhirnya wanita juga yang malang....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog ini untuk semua....
Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!
2 comments:
Hukuman tersebut makin menyusahkan lagi kehidupan keluarga tersebut. Adilkah hukuman yang dijatuhkan itu?Hati kecil saya selalu memberontak melihat pelaksanaan hukuman moden hari ini.
sekiranya wanita ini dihukum,...maka makin porak porandalah keluarganya. anak yang lain akan kehilangan punca...sewajarnya masyarakat berhak menanggung beban ini bersama..
Post a Comment