Followers

Thursday, November 5, 2009

Paling tinggi vs paling rendah


Burj Dubai, menara yang sedang dibangunkan di sini oleh Emaar Properties, telah mencapai ketinggian terbaru - 688 meter.
Ulasan: Kesanggupan negara-negara Arab Teluk untuk berbelanja dengan boros membina menara-menara yang tidak memanfaatkan umat Islam, mahupun melakukan perkara-perkara pembaziran lainnya, bukan lagi merupakan suatu perkara yang baru atau luar biasa.
Bangunan ini bukanlah suatu yang boleh dibanggakan oleh umat Islam, sementara umat Islam di Gaza terpaksa bergelut dengan kekurangan makanan akibat sekatan oleh rejim Zionis Israel. Ia hanyalah satu pembaziran tatkala saudara-saudara kita yang lain memerlukan bantuan untuk hidup. Firman Allah, “Dan janganlah membazir, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir”. [TMQ al-An’am (6):141].
Bank dunia melaporkan seramai 1.9 bilion penduduk dunia hidup dengan USD1.25 setiap hari. Sepatutnya dengan kekayaan umat Islam yang melimpah ruah, negara-negara Arab Teluk boleh menggunakannya untuk membangun industri ketenteraan yang kuat dan berperang mengalahkan Amerika, membebaskan negeri umat Islam dan menyatukannya di bawah Khilafah. Pada masa yang sama membelanjakan wang mereka dengan membantu saudara mereka yang lain sama ada membekalkan makanan, ubat-ubatan, membina universiti-Universiti, hospital-hospital yang terbaik di dunia dilengkapi dengan peralatan dan kepakaran manusia yang terbaik untuk membantu perkembangan Research and Development (RND), atau membuka industri-industri yang boleh mengeluarkan barangan pengguna yang mengurangkan kebergantungan terhadap Barat. Sebaliknya perbelanjaan yang boros yang tidak menguntungkan umat Islam sedikit pun, tetapi hanyalah untuk kepentingan peribadi dan malah berbangga-bangga pula dengannya.
******Apalah gunanya bangunan tinggi melangit, dalam masa yang sama juga umat Islam terus-menerus hidup terhina menyembah bumi.

2 comments:

abu muaz said...

Inilah hasil daripada memisahkan agama dari kehidupan. Kesusahan umat islam dan penderitaan umat islam di palestin tiada dalam kamus kehidupan para pemuka ini. Kesombongan ini termasuk juga dari orang-orang kaya yg memerintah Brunai.... mempunyai ratusan kereta mewah.Hotel dll.Membina kesenangan hidup diatas penderitaan orang lain.Jika Umar AlKhatab masih ada sudah pasti mereka semua ini diperangi.

abu muaz said...

Cikgu... macam mana nak masukkkan lagu A.ramli tu dalam blog saya.

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he