Followers

Wednesday, February 29, 2012

29 Februari .....hadirmu bersama hilangnya...



29 Februari 2012,..tarikh istimewa yang berkunjung setiap 4 tahun,..membawa makna sepi dalam hidupku...hari ini seorang lagi anakku memulakan kehidupan sendiri,..tidak lagi sebumbung...pagi-pagi lagi bersiap untuk mendaftar di sekolah berasrama penuh...walaupun berat rasa hati tetapi aku merelakannya,..demi masa depan dan cita-cita.



gambar semasa Helmi menerima anugerah PMR cemerlang dari Tan Seri Muhyidin Yassin pada 14 Februari 2012 lalu di padang Keda Pokok Sena.

Helmi,
Setelah berjuang dalam PMR 2011 dan berjaya melepasi target,..akhirnya saat kehilangannya tiba jua...sedih tapi tak terungkap...hanya doa berpanjangan di sepanjang perjalanan tadi...jam 1.30 selesai semuanya dan kami (aku, abah dan adiknya) berangkat pulang...meninggalkan Helmi dalam kembara ilmunya...di SBPI Kubang Pasu.

LEGASI HELMI.
Sejak kecil, anak lelakiku yang sorang ni suka bersaing,..dalam usia 6 bulan beliau beberapa kali memenangi pertandingan bayi sihat...
masuk ke sekolah rendah,..sering mendapat hadiah kecemerlangan akademik
ke sekolah menengah juga meneruskan kegemilangannya...sehingga kini aku berharap beliau terus berjaya mengukir sejarahnya sendiri...
cita-citanya nak menjadi doktor...aku selalu mengusik..."bila abang dah jadi doktor nanti,..mama dah pencen dan sakit-sakit...bolehlah merawat mama nanti"...
anakku yang sorang ni tak banyak bercakap tapi banyak berfikir...dahinya dah berkerut dah walaupun baru remaja...entah apa yang difikirkan....cuma suatu hari dia pernah berkata "mama banyak hutang kan,....abanglah yang kena bayarkan nanti'...aku tersenyum sendiri...dalam hati nak tergelak pun ada...bagusla kalau dia sedar tanggungjawab seorang anak lelaki...
Kini dia di asrama...aku amat terasa...tinggallah kami bertiga...(aku. suami dan adiknya)...kak long dah lama tinggalkan rumah..sejak tingkatan satu lagi menginap di asrama...aku redha dengan situasi ini dan sentiasa menyedari hidup kita pastinya sendiri juga...sejak azali..kena terima hakikat ini..

P/S: Berjuanglah anak-anakku,..menuntut ilmu itu adalah suatu ibadah.


Saturday, February 18, 2012

Mengapa hati tidak tenang..


Kadangkala hari-hari yang dilalui penuh dengan ketenangan dan lancar namun ada ketikanya hati merasa tidak tenang dan sentiasa resah gelisah...mengapa ya?...
hari ni pagi-pagi lagi hati dah panas...sebabnya anakku yang bongsu tu buat tak kisah dengan apa yang perlu dikisahkan...mengamuk sakan juga aku...dalam amarah yang teramat sangat tu sempat juga tangan aku naik ke badannya...masa tu geram sangattt...melampau betul...seingat aku dah berkali-kali aku ingatkan dia mengenai satu perkara yang melibatkan akademiknya.....boleh je dibuat tak kisah...
Kesannya sepanjang hari mood tak baik...sampai sekarang..satu rumah aku marah...sampai saat ini aku bermuhasabah sendiri...mengapa sampai jadi macam tu..hati dah jadi tak keruan,..resah gelisah dan tak tenang...
Ya Allah,..ampuni aku..kalaulah sedikit masalah inipun tak dapat ku tangani...siapalah aku disisimu.?
Ya Allah..jika anak2ku dugaan bagiku,..berikan aku sedikit dari ketabakan Nabi Noh a.s yang sentiasa merayu isteri dan anak2nya untuk bersamanya sehingga detik terakhir..
Ya Allah,..jika bebanan keletihan mengulit diri ini,..izinkan aku sekuat Siti Fatimah yang redha dengan keletihan dek menguruskan rumahtangganya bersama saidina Ali.
Ampuni aku Ya Allah,..permudahkanlah jalan hidupku,..urusanku dunia dan akhirat...janganlah dijauhkan hati ini dari pandanganMu..hanya engkau sebaik2 pemberi pertolongan...kuatkan hatiku,..tabahkan ia..serta penuhilah ia dengan kesabaran..sesungguhnya Engkau maha mengetahui segalanya...

Tuesday, February 14, 2012

Apa lagi yang cikgu tak buat..

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DIGEMBAR GEMBURKAN!!
Suatu masa, aku diterjah dengan kata-kata "seronoknya jadi cikgu, boleh makan gaji buta"...bayangkan perasaan aku ketika itu, diam tak terkata..kelu nak menjawab..tetapi dalam hati....sampai hati!,..tapi aku tak kisahlah sebab aku tahu apa yang aku buat dan yang paling penting Allah maha menyaksikan.........so kita baca keluhan cikgu2 ...ok jom..

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !!

Friday, February 3, 2012

kasihnya nabi terhadap kita...bukan kasih biasa

Esok, 5 hb Februari bersamaan 12 Rabiulawal 1433 hijrah...berulang lagi tarikh keramat bagi insan teragung..Nabi Muhammad s.a.w. Menjejaki perjuangan baginda menegakkan agama Allah di muka bumi banyak memberi keinsafan....meneliti kutbah terakhir di saat2 sebelum berakhirnya usia baginda menyedarkan kita betapa kasihnya baginda terhadap kita semua..umatnya. Baginda tetap menyebut "umatku. umatku, umatku" menandakan kebimbangannya terhadap kita umat Islam yang bakal ditinggalkan...baginda bimbang dengan akidah kita akan bergoyang setelah tiada bimbingan lagi...tiada apa yang lebih dikhuatiri baginda selain akidah umatnya yang ternyata kini dalam keadaan yang amat lemah....

Mampukah kita semua menyanyangi baginda seperti itu...mampukah insan yang selalu kita akui sebagai kekasih agung Allah itu berada dalam ingatan sepanjang masa...ramai antara kita yang lebih kasihkan sesuatu yang tidak memberi apa-apa makna...ramai yang agungkan insan lain yang banyak kelemahannya...

Hari ini..marilah kita kenali siapakah insan istimewa ini dengan lebih dekat,..tinjaulah kehidupan dan sejarah perjuangan baginda..carilah permata dicelah-celah berlambaknya pelbagai cerita biasa...contohilah semangat juang baginda..dan beristiqamahlah dengan amalan sunnah baginda..amalkan biarpun berdikit-dikit...banyakkan selawat sebagai kata-kata cinta terhadapnya semoga suatu masa nanti kita akan diberi syafaat yang amat diperlukan bila tiba masa...insyaallah...jom kita cari baginda...di mana-mana sahaja...

Moral & Iktibar

Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia terbaik pilihan Allah. Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani. Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini. Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum. Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi s.a.w., nescaya Allah tidak menerima keimanannya.

Thursday, January 19, 2012

Aku dah dapat cucu...

Pagi jumaat 20 Januari 2011, jam 11 pagi...aku dah bergelar nenek...cucuku dah muncul...bukan satu..4 semuanya.....gembira tak terkata,..selama ini kutunggu-tunggu....suspen je nak tengok rupa macam mana...
Jam 4 pagi semalam waktu si ibu sedang dalam proses nak beranak tu..sempat la jugak aku bacakan al fatihah dan berdoa agar dipermudahkan.....alhamdulillah semua baby tu sihat...si ibu juga sudah tak keruan waktu itu,..makanan yang disediakan pun tak dijamahnya...kini aku perlu bersedia untuk menjadi seorang nenek..he he..
Sebelum ni dah banyak kucing yang dibela,..tapi yang ni special sikit sebab baka persian...so suspen le nak tengok generasinya...semoga cucu-cucuku ini akan menceriakan lagi hidupku dengan keletah dan kenakalan mereka.....insyaallah...(gambar kemudian ye..)..masih dalam pantang he he.

Tuesday, January 17, 2012

Sanggup ke nak makan?



cutenya baby-baby ni,.. kecik pula saiznya...diwajahnya terpamer tanda-tanda masih suci dan bersih, tenang je tidur dalam dunia sendiri...tapi kalau disuruh makan, sanggup ke kita nak makan?....percaya atau tidak baby-baby ni merupakan sejenis biskut yang sengaja direka menyerupai bayi....mengapa agaknya...sudah hilangkah sifat kemanusiaan sehingga keadaan ini berlaku...mungkin jua pencipta biskut daripada serbuk almond ini ada agenda sendiri?...apapun alasannya aku rasa tamaddun manusia kini sudah menjadi haru biru...

***** sebenarnya kagum dengan ketinggian hasil seni dan kreativiti manusia namun secara peribadi aku tak suka dengan tujuan biskut baby ni disediakan..sebagai makanan!...ahhh tak sangguppp****






Jom kita tengok sesuatu yang lebih sadis,...kalau biskut baby kita sanggup makan, tentunya kita sanggup makan baby betul seperti yang dilakukan oleh lelaki kat atas tu....amacam...sedapp? ada berani?..entahlah tak tahu nak cakap apa...terkedu dengan penemuan ini...jom kita muhasabah sebentar,..apa tujuannya sehingga sanggup baby tu dibuat sup....masyaallah.
**sumber dari Google**

Masa lapangku sudah hilang...

Semakin berinjak usia semakin sibuk, itulah realiti kehidupan masa kini...benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w tentang 5 perkara yang perlu dikejar...antaranya masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk. Kini aku merasakan waktu semakin mengejarku sedangkan aku kini semakin lelah untuk berlari...kekuatan sudah semakin hilang...tenaga berkurangan seiring usia yang semakin bertambah.
... hari datang dan pergi silih berganti,..sedar-sedar sudah 3 minggu di bulan Januari tahun 2012 ini...hari-hari di sekolah terasa amat sibuk,..sementelahan pula selepas sekolah sering diadakan mesyuarat itu ini...balik ke rumah tak sempat nak menjengah flora di laman....rindu nak bercakap dengan bunga dan dedaun yang akhirnya kering ketandusan...ahhhhh terlalu cepat masa berlalu...
adakah ini petanda kiamat yang semakin hampir?..
Rupanya terlalu banyak petanda dunia yang sudah hampir dengan hujungnya...kesibukan sendiri sudah terbukti,.bukan aku saja terasa...seluruh dunia kini dihambat oleh kesibukan..manusia terkejar-kejar...tak tahu apa yang dicari lalu akhirnya tersadai sendiri...
Ya allah...berilah aku kesempatan,..berilah hambamu ini ketenangan...jangan kau biarkan diriku terus hanyut dalam kesibukan yanh aku sendiri tidak tahu tujuan...sesungguhnya berilah aku hidayahmu yang berterusan. Amin

Thursday, January 5, 2012

Andainya Nabi Muhammad melihat kesibukan kita.....

Setelah 3 hari persekolahan, tiba kembali cuti mingguan,..Jumaat amat ditunggu...setelah Khamis berlalu sudah. Selepas maghrib,..bersama sekeluarga meluangkan masa membaca yassin kemudian makan malam berjemaah jua....suasana yang amat indah...
Pagi Jumaat menyempatkan diri untuk menemani suami dan anak-anak bersujud sejadah,..bertambah bonusnya selepas itu ada pulak kuliah subuh...semoga permulaan hari semakin cerah dan berkah. amin.
Jumaat datang dengan tugasan extra untukku,..selepas makan pagi sedikit,..menghantar anak bongsu ke pusat tuisyen...semoga kecemerlangan terus mendatangi kehidupan kami dunia dan akhirat...
bermulalah tugasan biasa kaum wanita,..membersihkan rumah,.halaman dan persekitaran...terlalu memenatkan...nasib baik juga sang putera rajin membantu...alhamdulillah.

Menu masakan hari ini gulai bawal, sayur sawi, ikan goreng dan sambal belacan berulam peti rebus,..inilah menu biasa hari cuti...tak pernah jemu...

Sambil membuat semua itu,...aku teringatkan seandainya nabi Muhammad masih bersama kita,..apalah agaknya tafsiran baginda terhadap kesibukan kita menguruskan kehidupan masing-masing...semasa kuliah subuh tadi ustaz bercerita tentang seorang sahabat nabi yang sanggup makan tepung goreng demi menyelamatkan masanya dari menguruskan hal lain yang merenggangkan hubungannya dengan Allah dan rasul

...sedangkan kita...sibuk berpanjangan dan hanya meluangkan masa sedikit untuk urusan mendekatkan diri dengan tuhan...banyak masa dihabiskan dengan perkara keduniaan...aku merujuk diri,..berapa peratus sangat dalam 24 jam ku peruntukkan untuk urusan dengan Allah., menyedapkan hati teringat pula kata-kata ulama bahawa apa sahaja yang dilakan asalkan berniat baik akan menjadi ibadah...insyaallah...



Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he