Followers

Friday, September 28, 2012

no more kad kredit...nak stop riba....insyaallah

kad kredit,...aku mula gunakan sejak 5 tahun lepas, waktu tu memang perlukan budget lebih sebab sambung belajar...hingga kini masih guna kadangkala....especially time isi petrol kereta...tapi sejak aku tahu bahawa kad kredit tu mempunyai unsur riba...aku mula berniat nak stop terus....nak tunggu aku habis bayar barang yang aku beli secara ansuran dengan kad kredit tu (easy payment)...insyaallah..duit bonus nanti boleh settle..

Ampunkan aku Ya Allah...aku sememangnya menzalimi diriku sendiri..engkaulah yang Maha Kaya...
Berikan aku kekuatan untuk terus menggunakan rezeki yang engkau kurniakan secara bermanfaat untuk diri dan orang lain yang berhak...semoga  rezekiku biarpun tidak semewah orang lain namun berkat..tiada hutang mahupun bebanan yang tak mampu aku tanggung...
Nak tahu lebih lanjut tentang hukum kad kredit?....sila rujuk di sini.http://zaharuddin.net/kewangan/258-hukum-penggunaan-kad-kredit.html
semoga kita semua terlepas dari perbuatan riba yang hukumnya lebih berat dari berzina...
Alternatifnya kau akan mohon kad debit je...he he ada duit jalan...tak payah nak berhutang lagi...

Thursday, September 27, 2012

Nurain Athirah,..


Dilahirkan pada 11 Oktober 1997, kini hampir menjangkau usia 15 tahun,..bakal menghadapi PMR pada 9 Oktober nanti,..semoga sukses dan menjadi hadiah hari lahir yang amat bermakna...
Anak bongsuku ini,..unik sikit,..agak degil dan emosinya  kadangkala tak menentu...
dari pemerhatianku,..anakku ini agak manja,..pemalu juga orangnya dan mempunyai sikap biasa yang ada pada remaja lain...yang pastinya  dia ni terlalu meminati Hiburan dari Korea...sesuatu yang merimaskan aku...
Adik,..panggilan manja,..sengaja mak buat entry ni khas adik...selamat menghadapi PMR, selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke 15 dan selamat menjadi dewasa...semoga laluan perjalanan adik akan dipermudahkan oleh Allah..mak minta maaf sebab selalu leterkan adik...selalu bising-bising bila adik buat silap...mungkin mak terlalu sayangkan adik...

Nurain Athirah sangat sayangkan kucing,..kalau ada kucingnya yang mati,..dia menangis,..
Baru2 ni aku telah ambil keputusan untuk serahkan salah seekor kucing pada orang lain untuk dipelihara,..menangis dia...

Ghimau yang kembali ke rumah atas doa adik...
 Semoga anakku ini akan berjaya dalam hidupnya...amin..

Wednesday, September 19, 2012

Aku benci orang yang suka ambik kesempatan

Dalam hidup kita, selalu saja kita bertemu dengan pelbagai ragam manusia,..ada yang menyenangkan tapi kerapkali juga yang menjengkelkan. Ada juga manusia yang suka ambil kesempatan terhadap orang lain, ada saja ruang untuk menindas, maka kesempatan itu digunakan untuk kepentingan sendiri...orang-orang macam ni memang hatinya keras kut...manakan tidak,..langsung tak fikir perasaan orang,

Antara perlakuan biasa golongan yang suka ambil kesempatan ini adalah....
a. Boss yang gunakan orang bawahan untuk buat kerja peribadinya
b. kawan yang selalu memijak kepala sahabat sendiri
c. saudara mara yang bersikap acuh tak acuh terhadap tanggungjawab kekeluargaan, kalau ada salah seorang anak yang bertungkuslumus menjaga ibu bapa mereka dengan rela...terus dilepaskan beban itu sepenuhnya..
d. anak-anak yang suka mengugut ibu bapa asalkan kehendaknya dituruti ibu bapa,..contohnya kalau nak ke sekolah mesti belikan motor besar dll


Sebenarnya banyak cuma tak mampuu nak senaraikan....moralnya kalau kita terdiri dari golongan ini sedarlah bahawa sikap kita amat menjelekkan, bukan saja dibenci manusia malah dilaknat para malaikat dan akan diberi balasan yang setimpalnya di akhirat kelak kerana kita telah menyakiti orang lain. Aku berdoa semoga aku bukanlah dari golongan ini..insyaallah.

Saturday, September 1, 2012

aku suka kucing....walaupun aku tahu tahinya...

dari kiri,...Emon, tengah Ecik dan Imau....
tudia...inilah 3 ekor meow yang aku bela la ni..selain depa 3 ekoq ni ada lagi 3 ekoq....depa beriga ni baru berumuq 8 bulan lebih...masih teruna dan dara ha ha...tak lama lagi mulalah nak mengawan....
dari dulu sampai sekarang...aku tak bole tengok kucing..memang sesuatu yang sangat aku suka...walaupun orang lain kata depa tak come ke..tak kembang ekoq ke...bagiku semua kucing ada keistimewaan tersendiri..
Sesetengah manusia tidak suka kucing..sebabnya aku pun tahu..tahinya memang busuk bebenor...memang la mana ada tahi yang wangi kan..tapi hakikat yang perlu diakui ialah depa cuma kucing..tak pandai nak basuh bila membuang...sebab tu la busuk...he he...
walau apa pun aku akan suka kucing...malah semua anak2ku sukakan kucing...dalam keuarga aku..cuma suamiku je yang tak suka...yang lucunya ialah...kucing pun tak suka kat dia..bila nampak kelibat saja depa mencanak lari...kadang2 lawak sangat..

ni gambaq masa depa emon, ecik dan Imau berumuq 4 bulan,..tu mak depa yang namaya Owen..dan yang balck & white tu namanya Ebon....

yang aku tahu..aku dan kucing sudah sebati...selagi aku hidup...kucing pun hidup...aku bela depa macam anak sendiri....kerana aku tahu apa yang aku buat...insyaallah..

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he