Followers

Saturday, October 24, 2009

Kebaikan Tembikai

Bila sebut tembikai.. tentu ramai yang suka makan tembikai kan..
tetapi ramai yang tidak tahu tentang buah tembikai yang mempunyai banyak khasiat.

Tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Kebaikan buah tembikai
Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

4 comments:

alan said...

x gemar sgt makan tembikai ni

Tirana said...

Saya memang suka makan kedua-dua jenis tembikai ini..

siti ajar bt yaakob said...

Tembikai kuning sangat sedap...apatah lagi yang ranum...makan time tengahari pulak...sedappp.

Anonymous said...

Suke tembikai!!

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he