Followers

Friday, October 30, 2009

Ragam Pelajar


Hari : Khamis (29 Oktober 2009)
Lokasi : Kelas Tingkatan 2
Aktiviti : Peperiksaan Akhir Tahun - subjek Geografi
Masa : 8.15 - 9.30

Aku melangkah masuk kelas ni jam 7.40 pagi (waktu pertama). Bawa kertas soalan Geografi tapi belum edar sebab tak sampai masa lagi. Sampah ada di mana-mana. Kelas ini terdiri dari semua pelajar lelaki dan dalam ranking terakhir bagi tingkatan 2. Aku yang bagi salam, ada yang jawab...yang lain buat tak dengar je. Aktiviti pertama aku suruh pelajar kutip dan bersihkan sampah. Ramai yang buat tak indah...asyik cakap je...setelah 5 minit berjaya la juga ubah suasana kelas tu...
Sebenarnya kelas ni selalu digeruni oleh ramai guru apatah lagi guru perempuan,,,tapi pagi ni aku diberikan kekuatan...biasanya aku hanya menunggu mereka ke makmal komputer je...hari ni baru aku lihat suasana kelas mereka sebenarnya. Dalam hati aku berdoa agar dipermudahkan.
Ada seorang pelajar tak ada respon...macam tunggul...bila aku suruh kutip sampah ditepi meja tadi dia buat dek je...alahai nak buat camna ni...aku pergi ke mejanya dan suruh dia kutip dan bawa ke tong...dia menyepi dan membantu...dari belakang terdengar suara-suara, "cikgu, dia ni pyscho sikit..." memang aku perasaan pelajar tu jarang benar bergaul dan bersuara.
Sampai jam 8.15 - edarkan soalan. Belum apa-apa ada sorang tu dicapainya kertas objektif terus ditandakan tanpa membaca soalan. ( dia ni tak pandai membaca dan menulis). 5 minit selepas tu ada pelajar tidur kat meja...aku tegur..bangun kejap..lepas tu tidor lagi. Bisik-bisik masih kedengaran walau berkali kutegaskan semasa exam tak dibenarkan bercakap. Instinct aku merasakan pelajar ni memang tidak berminat langsung nak belajar..mungkin mereka terpaksa je ke sekolah.
Kalau dalam kelas lain biasanya dapatla aku mengawas sambil duduk kat belakang..tapi kelas ni..aku terpaksa meronda dan mata melilau memantau...
Aku terfikir...bagaimana nasib mereka nanti...PMR mungkin selamat sebab semua soalan berbentuk objektif tapi kalau SPM? Tidak haeran la kalau berbagai masalah sosial berlaku di sekolah sekarang...mungkin pelajar seperti nilah puncanya...dah tak minat...hanya terpaksa.
***Kalau anda seorang guru...bagaimana nak tolong pelajar-pelajar ni ye****

4 comments:

Tirana said...

Minat belajar kurang mungkin disebabkan oleh low self esteem. Kalau ditingkatkan semula self esteem tersebut, insyaAllah minat itu akan tumbuh..

siti ajar bt yaakob said...

tq tirana. sememangnya para pelajar macam ni berasal dari kelauarga yang mengalami kepincangan...masalah keluarga menjadikan mereka tidak berminat..selain tu mungkin faktor persekitaran yang tidak membantu...

zakir lazarus said...

kerjaya cikgu ni perit jugak yer klu jadi majikan hanya pimpin 2 ... 3 kerat pekerja tapi mak hoi beribu-ribu pelajar... saya harap cikgu tak penat dan letih terus memberi ilmu buat pelajar yang tiada semangat nak belajar mungkin masa bayi tak dapat menyusu susu ibu sebaliknya diganti dengan susu lembu(tepung)... saya sarankan cikgu permudahkan diri dengan banyak berdoa...semoga yang tak minat jadi bertambah cemerlang kerana nasib seseorang itu tak siapa yang mengetahui kerana apabila kita berbuat kebaikan dan kebajikan suatu hari kita bertemu ajal insyaallah saham akhirat kita akan penuh dengan hadiah2 al fatihah dari pelajar-pelajar yang di bimbing

siti ajar bt yaakob said...

zakir..tq. as a teacher i should do my best, try the best and perform the best...every moment in my life full of hope to make my students be a nice people can be...

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he