Followers

Wednesday, March 25, 2009

kucing-kucingku sayang


Bila susah hati, aku akan bercakap dengan kucing.....memang kucing sangat comel dan mampu beri motivasi untuk hilangkan letih.....alahai...

Tuesday, March 24, 2009

Helmi, jangan hampakan mak dan abah




Helmi anakku sayang,


Mak masih ingat semasa kelahiranmu,....hari-hari yang berlalu adalah hari yang amat membahagiakan. Terima kasih kerana hadir dalam hidup mama dan abah sebagai anak yang comel, tidak banyak karenah dan berbakat. Masih teringat gelak tawamu yang mengekek-ngekek hingga saat ini. Rupanya engkau anak yang hebat, persekolahanmu penuh dengan kejayaan yang membanggakan keluarga sehingga engkau diiktiraf sebagai pelajar cemerlang di sekolahmu.


Tiada apa yang mama dan abah mohon agar dikekalkan kejayaan ini walaupun kini kau sedang mengalami sedikit krisis dalam penyesuaian sekolah menengah. bersabar anakku, percayalah walau di mana sekalipun kau bersekolah, pasti ada masalah. Hadapilah segalanya dengan tenang. Mama mendoakan agar "abang" akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Friday, March 13, 2009

cuti lagi

cuti datang lagi. Aku hepi tapi bakal sibuk setelah ain dah dapat result. Result dia tak berapa elok sangat, 4 a je....tapi nak buat camna, benda dah lepas. Aku nampak dia macam menyesal jugak.

Monday, March 9, 2009

Taklimat ICT

Hari ini, aku ke PKG alor Janggus untuk menghadiri taklimat ICT. Seronok gak, taklimat berlangsung dalam suasana santai. Banyak gak yang aku dapat, firstly aku dah dapat settle aku punya internet problem. Bila aku nak serve internet je,... datang error. So bila seorang pegawai tu dapat solve aku punya problem, best la.

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he