Followers

Tuesday, September 7, 2010

Menjelang lebaran,..berakhir ramadhan..



Sendirian memikirkan betapa cepatnya masa berlalu...tinggal beberapa jam sahaja lagi nak sambut aidilfitri..
Muhasabah lah aku sendiri...terawih tak selalu pergi...al-quran pun tak khatam lagi...kuih muih sudah tersedia menanti...rumahtangga sudah berkemas rapi...
Ramadhan semakin menjauh..kini syawal makin menjelang...ramai yang sudah bergegas pulang ke tempat asal..bagi menyambut lebaran yang akan mendatang...cuti pun masih panjang..dapat le berjumpa sahabat taulan...saudara mara jauh dan dekat pun saling bertemu setelah masing-masing terpisah merantau jauh mencari kehidupan sendiri...
Aku yang masih terkedu..menahan rindu pada ramadhanku...
terasa tidak mahu ianya berlalu pergi...
biarkan ia sentiasa di sisiku...sepanjang tahun...
Aku yang masih mencari-cari
makna kesucian ramadhan...kerahmatan dan keampunan..

Shawal yang menjelang..datanglah bersama rahmatmu dan kebahagian..selimuti daku dari godaan iblis dan shaitan yang kembali bersorak riang...sedangkan ramadhanku tanpa tetamu laknat itupun masih kecundang dek hasutan nafsu yang tidak bertepi..maafkan aku Tuhan...ampuni aku Tuhan...terima amal ibadahku...terimalah sedikit amalanku..semoga aku sentiasa disisimu..walau ramadhan akan pergi..biarlah lebaran kali ini lebih membahagiakan...

1 comment:

Leenoh said...

Salam.

Jadual Allah tidak pernah mungkir dan ianya sangat sempurna , selepas Ramadan, Syawal akan menyusul tiba.

Selamat beraidil fitri, maaf zahir dan batin serta selamat berpuasa Sunat Syawal.

Semoga anda semua diberkati Allah.amiin.

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he