Followers

Saturday, May 7, 2011

Malu tak bertempat...

Malu bertanya sesat Jalan...itulah bidalan lama yang paling tepat buat seorang musafir atau sesiapa saja yang baru di sesebuah tempat...Sifat malu adalah sifat terpuji..Sabda Nabi Muhamad s.a.w. "Malu itu separuh dari iman". maka berbahagialah sesiapa yang mempunyai sifat malu..namun kali ini ct terpanggil untuk menulis pasal sifat malu ni...namun ada yang tidak kena jika sifat malu ini tidak bertempat.

Banyak benar sikap dan sifat malu yang tidak kena pada tempatnya...di sepanjang perjalanan kehidupan ct...sudah terbiasa dengan pelbagai peristiwa yang dicetuskan akibat sikap sebegini...antara yang ct alami dan perhatikan ialah:

1. Malu nak mengaku diri tua....maka macam2 aksi dan perlakuan yang tidak sewajarnya terjadi,..rambut yang kian memutih diwarnakan supaya dapat menipu pandangan orang lain agar tidak menganggap dirinya dah berumur..., suntik botox dan kolagen asalkan kelihatan muda walaupun terpaksa menahan kesakitan dan belanja yang mahal.

2. Malu nak libatkan diri dalam masyarakat - ramai yang berasa malu nak ziarah jiran ketika hari raya,..nak dulukan salam jika bertemu,..nak sedekahkan senyum...sedangkan itulah sepatutnya dilakukan.

3. Malu nak bertanya - akibat ego dan tak mahu diri digelar orang lemah,..ramai yang tidak tahu tetapi keberatan untuk bertanya,...sikap ni paling ct geram....

4. Malu nak pegang tangan isteri kat tempat awam..- biasanya lelaki kalau ada malu macam ni memang tak ikhlas sayang isteri...malu konon,...benciiii.

5. Malu nak bawa ibu atau bapa jalan-jalan - memang anak tak kenang budiiii....

6. Malu nak tegur jika terlihat keburukan - sikap ni dah jadi macam tabiat ramai orang,...tiada kekuatan nak menegur walaupun sepatutnya ditegur,..contohnya bila tengok remaja berpeluk,..bole lihat je..eeeee...

7. Malu nak kerja sendiri - contohnya berniaga di pasar malam, Seperti yang kita tahu, menjalankan perniagaan merupakah salah satu karier dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Justeru itu, kenapa kita perlu malu melakukan sunnah Rasulullah?



Sebenarnya banyak le lagi yang ct lihat,..sikap dan sifat malu tak bertempat berlaku di sekeliling kita,..dilakukan oleh kita dan orang-orang keliling kita..sentiasa ada. Kalau ada la yang bersikap macam ni,..kena ubah le...biar le malu bertempat suapaya kena dengan syariat...ok ct malu bertempat ye...

No comments:

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he