Followers

Saturday, November 12, 2011

Romantisnya Rasulullah

Heran juga dengan ramai lelaki yang cuma romantis ketika isteri belum menjadi miliknya,..sesudah berkahwin,..ramai isteri yang bersedih dan mengeluh...hampeeehhhh...Jom kita renungkan sikap dan budi bahasa Rasulullah ketika melayani isteri-isterinya...seorang lelaki yang baik adalah yang paling baik terhadap isterinya... Bahasa cinta Rasulullah kepada isterinya banyak digambarkan dalam bentuk bukan lisan hingga baginda mengamalkannya dalam kehidupan seharian.




1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri

2. Memberi wangi- wangian pada auratnya

Aisyah berkata: "Sesungguhnya Nabi apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Mandi bersama isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersama- sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)." (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

4. Disisir isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata: "Saya biasa menyisir rambut Rasulullah, saat itu saya sedang haid." (Hadis riwayat Ahmad).

5. Meminta isteri meminyakkan badannya

Daripada Aisyah, beliau berkata: "Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah 'aqabah." (Hadis riwayat Ibnu 'Asakir)

6. Minum bergantian pada tempat yang sama

Daripada Aisyah, beliau berkata : "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya.

"Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya. " (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)

7. Membelai isteri

"Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya." (Hadis riwayat Ahmad)

8. Tidur di pangkuan isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata: "Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al- Quran." (Hadis riwayat 'Abdurrazaq)

9. Memanggil dengan kata-kata mesra

Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy dan Humaira (pipi merah delima).

Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra. Rasulullah biasa memicit hidung Aisyah jika beliau marah dan berkata: "Wahai 'Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan. " (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

10. Memberikan hadiah.

********Begitu indahnya kemesraan Rasulullah kepada isterinya. Ia memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan komunikasi bukan lisan kerana bahasa tubuh ini akan lebih berkesan menyatakan cinta dan kasih sayang di antara suami isteri.*******

No comments:

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he