Followers

Thursday, December 13, 2012

Hari Pertama 13 Disember 2012

abang driver hohoho..
Bertolak dari rumah jam 8.00 pagi...kereta penuh dengan beg..sebelum tu singgah sekejap kat rumah ibu untuk memohon restu..inilah hari yang mengujakan...kami sekeluarga akan memulakan percutisn selama seminggu mengelilingi Malaysia...

sarat dengan muatan..

posing maut dari Ghimau sebagai bekalan perjalanan  kami 
Suatu yang agak merisaukan dan berat hati ialah nak tinggalkan si "Ghimau" ni bersendirian...cuma mengharap agar abang Fauzi dapat memberi makanan seperti yang dijadualkan,..selebihnya kami semua berdoa agar Ghimau dalam peliharaan Allah sehinggalah kami semua balik nanti..

Dari rumah mak,..kami singgah sekejap di Pendang untuk meninjau sedikit "ujian Allah" terhadap keluarga adik ipar di Kg Bukit Cepat,.tragedi ribut kuat telah melanda perkampungan itu dan ramai keluarga menjadi mangsa..semoga mereka bersabar...Insaf sejenak...takdir Allah tiada yag tahu..aku kasihan sungguh melihat keadaan birasku..semoga ditabahkan semangat mereka..

Tengahari singgah sekejap di Baling,.mencari makanan tengahari...gerai yang sangat kami ingat..sedap dan terangkat dan yg paling penting,..harga amat patut..

makan sampai lupa nak posing hehe
Selepas bersolat jamak di Baling kami memulakan perjalanan meredah jalan Grik menuju ke Kota Bharu..di sepanjang perjalanan terpukau dengan kehijauan pemandangan...
Singgah sebentar di hentian berdekatan Titiwangsa..


Sempat berposing pulak..

Lebih kurang jam 5.00 ptg selamat tiba di Kota Bharu...kemudian mencari penginapan di Pantai Cahaya Bulan dalam keadaan hujan yang agak lebat...akhirnya dapatlah kami bermalam dengan selamat dan pada malam tu pulak ada perlawnn bola antara Malaysia dengan Thailand..so melepak dalam bilik je...apatah lagi Malaysia kalah..teruslah kami tidur...hampa dan kecewa..ok..berehat dulu untuk sambung perjalanan esok..in sya Allah.


No comments:

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he