Followers

Saturday, November 21, 2009

Senyum



Pernah tak kalian hadapi situasi begini, tatkala berjumpa seseorang yang kita kenali, kita pun senyum la tanda persahabatan, tapi boleh tak dibalasnya senyuman kita tu,...make do know je...(Ya Allah geramnya...tersirap darah juga le...kalau tak kenal tak pe la juga). Mulalah hati tertanya-tanya apa salahku, apa dosaku.kat dia ni...bila check rasa2 tak de pa pun yang tak kena...
Untuk orang yang berhati kering macam tu aku ambik kesempatan ni...tak usahlah sombong dan kedekut dengan senyuman anda...tak rugi apa pun, malah senyuman anda akan menambahkan kemanisan wajah serta mengawetmudakan keremajaan anda...tak percaya? Baca fakta berikut:
  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 
  2. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 
  3. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 
  4. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 
  5. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. Apa lagi.....senyum la...kan manis gitu...Jom senyum sambil nyanyi lagu Raihan ni..
Manis wajahmu kulihat di sana, rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.
Senyuman...senyuman
Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,
Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.
Senyumlah senyumlah

Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

*****Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari-hari  insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.****

7 comments:

ZOOL@TOD said...

Dan kerana itulah ianya merupakan suatu sadaqah sekiranya kita ikhlas memberi (bukan senyum kambing)

Tirana said...

Dalam Islam, senyum itu merupakan satu sedekah

siti ajar bt yaakob said...

Tapi hairan jugak kan...mengapa masih ada yang kedekut senyum...betapa banyak manfaat yang dapat..samada dunia mahupun akhirat, ramai lagi yang dok mencuka...rasanya jiwa kacau kut no...

Atie said...

Senyum tu sedekah...i know exactly what you meant we had a lot of experience with that situation.....hehehe...do not angry dear...if you senyum kat I, I will respond back more than one million times...:-)

ybs said...

mungkin dia tidak sengaja utk tidak membalas senyuman itu krn mungkin ketika itu mindanya sedang memikirkan hal2 yg sgt merungsingkan hatinya sehinggakan wp kelihatan matanya memandang dan nampak senyuman kpdnya tapi mindanya yg sdg sibuk itu langsung tidak memberi respon balas....

rosnanie said...

senyum itu sedeqah, bila nk sedeqah kena ikhlas, mungkin orang tu tak ikhlas kot sebab tu tak senyum...lg satu, dia tak pakai contact lens masa tu, sebab tu tak nampak ct senyum... hehehe...

abu muaz said...

Islam telah mendahului semua ini. Ilmu kemasyrakatan yang ditunjukkan nabi besar kita tetapi sering dilupakan.

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he