Followers

Saturday, April 30, 2011

20 tahun Berlalu...hari ini Bertemu...



Gembira tidak terkata apabila berjumpa semula teman-teman yang suatu ketika dulu pernah menghiasi taman hidupku...


Bertempat di hotel Seri Malaysia Alor Setar,...jam 3.00 petang...aku melangkah dengan penuh harapan...semoga kerinduan selama 20 tahun akan terubat jua....walaupun Re union pertama kali ini kurang sambutan,..namun aku bersyukur...dapat jumpa ramai juga sahabat MPSAH sesi 1988-1990 sudi meluangkan masa.
Pada mulanya dijangka seramai 25 orang akan hadir, tapi cuma 16 orang saja yang sampai..yang lain tu sesat tengah jalan kut...paling jauh cikgu Hasni dari Gombak, ada yang dari Pulau pinang, Perak, Perlis dan Kedah. Walaupun kami agak kecewa namun setakat itu yang termampu...biarlah...
Selepas lebih kurang 2 jam bersama, kami sempat berbual lama serta bergurau senda,..yang bestnya cara kami tetap sama malah bertambah rapat...mungkin kami perlu berterima kasih kepada Facebook yang menemukan kami semua...itulah kegunaan teknologi sebenarnya, buruk baik bergantung kepada cara penggunaannya...melalui pertemuan ini kami mendapat banyak khabar tentang rakan2 lain..masing-masing ada kejayaan sendiri...alhamdulillah.

2 comments:

Rahmat H. said...

sedih ada, gembira pun ada tatkala menatap wajah teman2 yg pernah berada di sekeliling kita suatu masa dahulu....walaupun masa telah menjarakkan kita namun kenangan 20th lalu tetap terpahat diingatan....ct ajar, salwa, ros dan lain2....kita pernah menempuh suka duka bersama sewaktu di mpsah dahulu...terimakasih kerana menyegarkan semula ingatan itu....

siti ajar bt yaakob said...

salam Rahmat,..kenangan yang tak akan dilupakan seumur hidup maklum le masa tu kita semua sedang waktu kemuncak remaja he he...tentulah banyak kenangan manis...sebab itulah aku abadikan semua tu dlm blog ni...biar kekal terpahat di ingatan..

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he