Followers

Sunday, December 25, 2011

Hello cek siti, cuti dah habis daaa...


Tup tap, tup tap....tibalah kembali cek siti untuk ke sekolah,..cuti dah habis ok,..so jangan dok ingat nak bersantai lagi...bermula 26 Disember, mesyuarat sekolah dan bakal diikuti aktiviti pendaftaran semula pelajar tahun 2012...dan seterusnya P&P seperti biasa...selamat menjadi guru sekolah kembali diucapkan buat diri sendiri...semoga lebih komited.




Azam tahun baru,..
1. Nak cakap yang penting2 saja
2. Nak kerja tip top semampu yang boleh
3. Nak tutup telinga untuk berita yang tak penting dari persekitaran
4. Nak lebih masa untuk bermonolog dengan tuhan
5. Nak bebaskan diri dari sebarang hutang termasuk hutang budi.
6. Nak aktifkan diri..tak mau mandom2 dah
7. Nak jadi manusia terbaik untuk semua
8. Nak menabung banyak2
9. Nak tingkatkan komunikasi
10. Nakkena banyak bersabar dalam apa jua situasi
11. Kena jadi pemerhati yang prihatin dan ambil peduli dalam apa jua masalah sendiri atau orang lain
12. Nak jadi anak yang lebih solehah dari dulu...
13. Nak cantikkkk
14. Nak kurusssss sikit je...tak nak banyak2...
15. Nak positifkan minda dalam semua aspek..
16. Nak berbakti kepada semua orang
17. Nak puasa sunat banyak222....
18. Nak tingkatkan iman dan amal
19. Nak jadi kawan yang boleh dipercayai kawan lain
20. Nak jadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Tudiaaa...banyak sungguh azam dan keinginan cek siti,..memang inilah target setiap tahun,...semoga semua yang dihajati akan tercapai...
pesan pada diri,...apapun mesti buat yang terbaik...insyaallah

No comments:

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he