Followers

Wednesday, October 28, 2009

uweeek....



KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin. Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.

Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut. "Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.

"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.

Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

3 comments:

Tirana said...

Makanan yang dibeli di luar tidak dijamin bersih...Sebab itulah masak sendiri di rumah lagi baik..

siti ajar bt yaakob said...

akak rasa ini boleh jadikan pengajaran untuk orang kita yang suka sangat makan makanan segera...kadang2 iklan lebih indah khabar dari rupa...selain masak sendiri kita boleh dapatkan makanan dari sumber yang sudah terbukti bersih dan sah bukannya dari momokan iklan...yang nampak style...tapi bernajis...mohon dijauhkan...lagipun akak tak suka makan ayam..beralih kepada cendawan goreng yang rasanya lebih enak dan sedap.

abu muaz said...

beli ayam keluaran HPA selamat lagilah halal. Tepung goreng pun ada. Buat sendiri kat rumah lagi selamat.

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he